Saturday, January 29, 2011

Usia 21

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..bertambah sudah umurku. semoga naurah bertambah juga matangnya..(nasihat dr sahabat terdekat..xp). Tahun ni dah masuk 2 tahun celebrate birthday kt negara orang. Selalunya bulan 1 memang putih lah dunia..Subhanallah, kalian kena lihat sendiri. Dan kali ni, nak kongsi tentang tarbiyyah dari Allah yang naurah dapat semalam...( Allah sweet gle! T_T)


Memang kalau di Malaysia, kita sambut hari lahir dengan family. Tapi ada juga yang tak celebrate birthday. Ikutlah masing-masing ada background sendiri. Setiap tahun sampai je bulan 1, hati mula lah gelabah.
" abesla aku..one year older"
" macam mane lah lepas ni..lagi berat tanggungjawab"
haa, macam-macam lah naurah fikir. Sudah menjadi tradisi kehidupan. Tahun ni, bertambahlah cuaknya. Umur bukan mainan. Umur itu bukan sebarang angka. Bagi naurah, umur itu amanah dan tempoh syahadah. (bukannya bila nyawa di hujung rambut baru nak mengucap kan?) Kali ni amatlah berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. *Ini bukan ayat cliche* Tapi, memang betul-betul lain.


Apa yang lain nya? Allah beri lebih dari apa yang di expect! Biasalah kalo birthday sendiri mestilah expect something. (ke aku je?haha) Expectation macam makan-makan tu common lah kan?haha. Tapi surprise yang Allah kasi...woah!!Superb! Thank you Allah!! Eh, tetiba rasa macam tak nak share plak. Hoho..Biarlah rahsia dan hanya yang terdekat yang tahu. Kang panjang plak post ni. 


28 january 2011
red tulip, lesen baru, chocolate :)
selimut, bookmark, chocolate lagi. :) 
2nd cake!:)

suke gila buku nih!:)

ni baru sampai pg td. spesel delivery. from family tersyg.
MashaAllah..mashaAllah..mashaAllah! Special thanks to keluarga tercinta di malaysia.Semoga 'key of freedom' menambah iman dan taqwa. Tak lupa juga kpd 'cookies & cream', sisters dan sahabat-sahabat di malaysia, us dan di mana saja anda berada..hehe.syukran jazillan!


Nota buat Naurah:

usia 21


semangat pemuda tak sama dengan semangat kaum tua.


tenaga yang ada pada rijal yang berumur 21 tahun tidak sama dengan yang berusia 50 tahun.



masalah yang dihadapi individu yang berusia 21 tahun tidak begitu banyak dibanding dengan mereka yang lebih makan garam.



akal yang berusia 21 tahun lebih tajam dari yang telah pikun dek usia.



kelapangan waktu bagi yang berusia 21 tahun lebih banyak berbanding yang sudah bekerja, berkeluarga, ber-segala-galanya.




makanya,



tiada alasan untuk yang berusia 21 tahun ini untuk berpatah ke belakang, futur, lemah, tiada semangat, malas apabila berjuang di jalan ini.



semangat yang ada pada si 21 hari ini harus dikekalkan, bahkan ditingkatkan buat selamanya.

bukan dibunuh semangat itu, bukan untuk dibebankan dengan tarikan dunia yang makin menggila.



sebagaimana muhammad al-fateh (dengan izinNya) mampu membuka constantinople tika berusia 21 tahun, jiwa itu yang harus ada pada yang berusia 21 tahun di zaman ini.



Impian Umar al- Farouq:
"aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.
dari:sini 

Thursday, January 27, 2011

NUGGETS!XD

setelah setahun setengah mencari, KINI....

nuggets dajaj!!

thank you Allah for rezeki yang amat menawan hati.XD

Wednesday, January 26, 2011

Saat ini aku menangis lagi
mengenangkan kasih sayang Allah
yang tak ada batasan
apa lagi yang akan ku dustakan selepas ni.
Astaghfirullah..mohon ganti hati yang baru ya Allah.

"And those who do not invoke with Allah another deity or kill the soul which Allah has forbidden [to be killed], except by right, and do not commit unlawful sexual intercourse. And whoever should do that will meet a penalty."[25:68]


"Multiplied for him is the punishment on the Day of Resurrection, and he will abide therein humiliated" [25:69]


"Except for those who repent, believe and do righteous work. For them Allah will replace their evil deeds with good. And ever is Allah Forgiving and Merciful." [25:70]

Sunday, January 23, 2011

ini cerita aku

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku dilahirkan islam. Dari kecil diajar solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya. Masa tu, aku betul-betul ingat aku ini hamba Allah. Rupa-rupanya, aku hanya tahu Allah itu tuhanku. Itu saja. Semua agama ada tuhan kan? Jadi Allah itu tuhanku dan agama lain ada tuhan mereka sendiri. Walaupun masih kecil tapi bila fikir balik..Ya Rabb, kolotnya aku. Tapi Allah mesti faham dengan akalku yang tidak matang tu.

Di takdirkan Allah, aku dihantar jauh ke negara orang. Tapi aku pelik lah. Keputusan SPM tak seberapa dan ramai lagi yang layak. Nak harapkan ko-kurikulum? Basketball saja yang aku tahu. Leadership? haha..boo diri sendiri. Tapi sekarang, baru aku faham. Aku disini untuk berta'aruf! Allah ingin aku lebih mengenaliNya. Allah nak tunjuk yang Dia bukan hanya tuhan tapi He's everything. Walaupun 19 tahun aku dibesarkan di negara Islam, tapi disinilah aku mula mengenali sang pencipta.

Tapi hidupku kini tak semudah zaman jahilliyahku dulu. Kalau dulu apa aku buat semua orang buat tak endah. Semua macam tutup mata. Tiada siapa yang mahu menegur.  Sekarang, setiap langkah diperhatikan. Ini pun aku pelik lah. Kenapa manusia buat tak endah masa orang lain buat salah. Jahil? Tapi bila dah kembali 'normal', semua orang pasang teropong. Kenapa ya?

Sejak mengenali si Dia, hati ni tak pernah rehat. Tarbiyyah yang Allah kasi tak pernah putus. Tambah pula dengan bisikan syaitan yang tak pernah lenyap.Abis hati ni luka sana sini. Abis nama ini buruk berkali-kali.   Tapi Allah itu Maha Penghibur. Yang juga paling pandai memujuk hati. Dia yang beri luka, Dia juga yang beri ubatnya. Aku sangka hanya nabi yang Allah pujuk. Sebab baginda kekasihNya kan? Contohnya, Al-Kauthar. Ternyata, sangkaanku meleset! Aku juga dipujukNya. :)

Walaupun aku baru mengenaliMu ya Allah, dan aku masih merangkak keluar dari kejahilan, tapi penghijrahan ini teramat indah. Lagi indah dari zaman itu. Lagi manis ya Allah. Tak pernah kesal mengenaliMu. Tak pernah Kau kecewakan aku. Terima kasih Allah. Dengan izinMu, aku akan terus mengejar untuk mati dijalan ini.


Secara ringkas,


Inilah cerita aku. Anda pula bagaimana?

Monday, January 17, 2011

Anda buat saya penat!

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam alaik buat sahabat-sahabat di luar sana. Maaflah, title berbentuk provokasi. Tapi mmg saya penat pon. :) Alhamdulillah, dah seminggu start class. Tapi jadual harian still tak fix lagi. Contohnya macam masa makan tak tetap, masa tido tak tetap, study tak start lagi. Memang tak teratur gle. Fuhhh insyaAllah akan dipermudahkan. 
Alhamdulillah, daurah dah selesai kt msu. Sangat banyak input yg nak kena digest. Tahniah! Anda buat saya penat! Sungguh, otak, badan, hati dan masa mmg digunakan dengan sepenuhnya. 2 hari penuh pengisian. Dia kasi peluang.Thank you Allah! And lately ni, bila belajar benda baru, Allah terus tunjuk contoh!Wow. Baru cakap pasal 'direct marketing', terus jumpa contoh reality. Cakap pasal 'berhala', haa nah kau contoh reality depan mata. SubhanAllah! Magical sungguh.
Yang paling best, bertambah lagi simpulan tali antara para hati. 
Kerana Allah, kita bersahabat.


"Aku yakin Allah ada special plan untuk kita weh.
Mana tahu anak-anak kita nanti menjadi khalifah seterusnya?"



Thursday, January 13, 2011

Saturday, January 8, 2011

10 wasiat Imam al-Banna

بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik semua..
Kejap betul cuti winter kali nih. Cuti tinggal sehari. Bila terigtkan spring sem yg lalu..alahai, beratnya hati nk lalui spring sem yg akan bermula isnin ni. Bukan apa, tp kalo spring, siangnya makin panjang. malam pulak sekejap sgt. Mmg lebam2 mata mase spring lepas. Kalo tengok jam kt dinding tu, rasa macam jam tu rosak je. "laah..lambat lagi ke class ni nk abes??T_T" Jarum jam macam tak bergerak! OH TIDAK!!!

kucing ini betul-betul memahami
 
Mmg berat je hati nih. Badan ni pun dah mula nk panas. Selsema akibat buat snowman semalam makin teruk. Adakah ini yg dikatakan 'school fever'? haha..ya mungkin.Mungkin juga Allah nk kasi saya rehat cukup2 before the war begins. Thank you Allah!^_^ 
Sebenarnya hari ni saya nk share something really really good buat kita semua.Rasanya ramai juga dah tahu tentang 10 wasiat Imam al-Banna kan? Tp takpe lah..saya nk share juga! Mari improve kehidupan bersama.

10 wasiat Imam Hasan al-Banna
  1. Bangkitlah untuk solat saat mendengar azan, dalam kondisi apapun.
  2. Bacalah Al-Quran, lakukan kajian, dengarkanlah atau zikrlah pada Allah. Jangan gunakan sebagian waktu anda pada hal yg tak manfaat.
  3. Bersungguh-sungguhlah berbicara dalam bahasa Arab dgn fasih, sebab ia merupakan syi'ar Islam.
  4. Jangan memperbanyakkan debat dalam masalah apapun dan dalam keadaan apapun, sebab debat tidak membuahkan kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, sebab hati yg berhubungan dengan Allah itu tenang dan berwibawa.
  6. Jangan suka bergurau, kerana umat yg berjihad tidak mengenal kecuali kesungguhan.
  7. Jangan mengeraskan suara melebihi yg diperlukan pendengar, kerana hal itu akan mengganggu.
  8. Jauhilah menggunjing org dan menyakiti lembaga. Janganlah membicarakan, kecuali yg baik-baik.
  9. Berkenalanlah dengan saudaramu yg kamu temui walaupun dia tak meminta, sbb prinsip dakwah kita adalah cinta dan pengenalan.
  10. Kewajiban lebih banyak daripada waktu yg tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai keperluan maka persingkat penyelesaiannya.
[dipetik dr al-matsurat wazhifah kubra]
Wallahua'lam..



Friday, January 7, 2011

meet mr.january!

subhanAllah...
4 hari snowing non-stop...
bumi penuh berdebu putih...
cantek sgt!!^_^
jd aktiviti hari nih ialah:
mr.january yg grumpy
indahnya alam ciptaanNya..
alangkah indahnya jika hati itu seputih salji..

Thursday, January 6, 2011

jalan sehala



Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]


membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih



aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala



aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam hati
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih

dgr lgu nih terigt dlu mama penah pesan..jgn aktif sgt..nnt takut laen yg jd..xpe mama..itu sume Allah uruskan..

Wednesday, January 5, 2011

muktamar--postmuktamar

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
sume sudah selesai..muktamar sudah..postmuktamar sudah..
begitu byk dugaan dlm perjalanan pergi dan pulang..
alhamdulillah..sampai juga kt east lansing..
walaupun agak terkilan sedikit..
tp pengalaman yg Allah beri mmg tiada nilainya..
rindunya kt budak2 kecik tuh..
yusuf, sabrina, kauthar, eric, aisha, amar..fuh..byk lg nih...xpelah
comel amat..tp boleh tahan juge nakalnya..haha..
byk jugak mase habes ngn budak2 nih..




pengisian muktamar mmg padat..sampai skrg tgh digest lg..
xpe naurah..boleh2!!^_^
selesai muktamar, hati ceria lagi bersame akhawat tersyg..
cabin best sgt!!1st time sy memancing..haha..tp mmg failed lah..T_T
segar betul udara kt cabin..tepi tasik dalam hutan..cuace pon panas..mmg bestlah!
byk tempat kami pergi..bertadabur alam bersame..tp gamba sy letak sikit je lah..




sungai nih kaler hijau..subhanAllah...mmg cair jiwa
tp yg paling best...
"hati kami bagaikan tali yang tersimpul mati"
indahnya berukhwah kerna Allah..sgt lain rsenya.
thank you Allah for this love..
"sy juga dpt lebih dr yg sy expect!!"

pictures->credits to: faliyaz