Friday, February 25, 2011

soal cinta?

Salam Jumaat buat semua. Moga masa kita semua diberkati Allah. Hari ni dah masuk 2 hari naurah tak pergi sekolah. (ngeh..ngeh..ngeh). Tapi bukan ponteng ok. Baru lepas surgery gigi semalam. Jadi memang sunnahtullah hari ni bengkak gusi dan pipi. Haa sebab tu tak pergi class.(haha). Alhamdulillah, Allah jodohkan naurah dengan sahabat-sahabat yang amat memahami. Masak dah laa sedap, sanggup pergi class petang sebab nak teman naurah, doakan cepat sembuh lagi.Fuhh..I love you sisters!! (Saladin, jangan buli time sakit ok?) Family? Maybe sibuk dengan persiapan kakak nak kahwin. Asal orang call je gi hantar baju kat tailor, nak bagi cucu makan, ada kenduri kahwin. Wah busy betul diorang. Pagi tadi finally tanya juga khabar anak diperantauan nih. hehe. Jangan risau, Allah ada jaga Ha.


Sebelum banyak membebel, hari ini mahu bicara tentang cinta. (erk~) :



Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar, 
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

[KCB]

Inilah penangan kcb. :p Sebenarnya, bebelan kat atas tu ada la juga kena mengena kan? Memang naurah tak mahir sangat soal cinta ni tapi bila dengar puisi ni rasa macam setuju bangat. Terkena sangat dengan relationship yang naurah alami sekarang. Cinta denganmu Ya Rabb. 

Betullah cinta itu kekuatan. 
Sebelum mengenal Allah, 
 duri itu memang tajam bagiku,
 cuka itu memang masam bagiku,
sedih itu memang perit bagiku,
amarah itu memang panas bagiku,
dan musibah itu memang nasib bagiku,

 Setelah cinta datang,
tajam duri ditumpulkan iman
masam cuka terasa manis
perit sedih berubah pelangi
panas amarah mengundang sabar
nasib musibah menjadi tarbiyyah.
itulah cinta




Thursday, February 24, 2011

Janji-Ku

Kamu akan Kuduga!

Itu janjiKu

Kamu  akan ditimpa musibah!

Itu juga janjiKu

Kamu juga akan Kuberi pelbagai ujian!

Itulah janjiKu

Kemudian,

Akan Kuberikan kemudahan

Yang mana ia terbaik buatmu

Itu janjiKu

Hati yang lemah akan Kutiupkan semangat

Sama seperti pejuang Badar terdahulu

Itu juga janjiKu

Hati yang sedih pula akan Kuhibur

Dengan hiburan yang Aku suka

Itulah janjiKu

Sekarang

 Yakinlah padaKu

Jangan merajuk wahai sang hamba

Tunggulah sedikit masa lagi

Sungguh Aku Maha Penyayang

Akan Kuberi pelangi indah 

Itu janjiKu.








Saturday, February 19, 2011

tarbiyyah orgo

Salam buat semua. Alhamdulillah, semalam baru je habis exam killer subject-organic chemistryII (orgoII). Memang bersungguh-sungguh la naurah dengan saladin crew yang lain study. Tapi macam biasalah, habit 'study-last-minutes' memang susah nak dipisahkan. Jadinya, tidur lewat sebab nak menghabiskan study and bangun awal sebab nak sambung study ( memang tak pernah la nak habis kan?) Dengan happynya, naurah berjaya memahami mechanism-mechanism yang amat lah panjangnya. Alhamdulillah, masa buat soalan exam yang tahun lepas punya boleh jugak jawab sikit-sikit. Kalau last sem, ambil organic chem I, haish..satu apa tak paham. Kuat menghafal je lah nak kasi pass exam. So, dipendekkan cerita, tiba lah saat menjawab exam. Jeng jeng jeng.. Inilah perasaanku melihat soalan-soalan orgo semalam:
........
Speechless! Susahnya ya Rabb... Disebabkan tak prepare sehabis baik, tambah pula dengan perut yang berbunyi-bunyi minta diisi, memang tak boleh focus langsung!Blank.Blank.Blank.T_T Apa boleh buat masa tu? Mohon magic dari Allah beri jawapan. Sedang kusyuk meneliti soalan tetiba-tiba, "10 minutes left!". Gulp!!Apakah??Tengok paper masih kosong. Masih banyak belum terisi. "Apa nak jawab ni?" Lihat sekeliling, ramai juga yang masih terduduk. Mungkin kita semua senasib. Mungkin juga tidak. Habis masa nak tak nak, terpaksa hantar juga paper tu. Pulang ke rumah dengan penuh sesal!(sampai now terasa).
O Allah, terima kasih atas tarbiyyah ini. Banyak benda yang naurah tersedar dari penyesalan semalam.  Macam exam orgo semalam. Ingatkan diri ni dah faham basic reaction dan mechanism-mechanism tu tapi tewas di medan exam. Macam mana dengan fikrah Islam? Betulkah aku betul-betul faham atau aku hanya tunduk pada islam? Terbayangkan diri diakhirat sana. Dimanakah tempatku nanti? Saat dihisab, sudah dapat mengagak destinasi seterusnya. Hanya ada 2. Syurga atau Neraka. Macam mana kalau peristiwa exam orgo berulang diakhirat? Gagal menjawab dengan tepat. Lemah, sedih dan penuh penyesalan. Malah lebih parah bila anggota badan memberi jawapan. Apa yang boleh buat masa tu? Mohon magic dari Allah lagi? Sedangkan di dunia tak prepare, hanya islam tanpa fikrah. Hanya tahu tanpa faham. Hanya pergi usrah tanpa dakwah. Hanya ....Aish..tak sanggup nak teruskan....

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ. الحجرات آية 14

Yang bermaksud : orang-orang A'rab ( arab badwi) berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah islam". Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya(zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". [Al-hujurat ayat 14]


Sunday, February 13, 2011

focuS!
Quizes, exams,dentist.
Bittaufiq wannajah!!
Rabbuna yuqawwik wa yusahhil ala kulli hal!

p/s: study hard and smart, tp jangan sampai 'lost contact' dgn Allah.:)

Wednesday, February 9, 2011

khas utk kaki komik!

Muslim-manga!!!!!yeay!


p/s:Ramai juga yang terkesan dengan islam melalui komik. Bagus!!:)

Sunday, February 6, 2011

mahu berubah sekali lagi!

Things that I have to do:

1) open closet! - free all stuff for frens. ala-ala garage sale.
2) tabah dan sabar! - bukan senang nak kasi barang yang kita sayang kan?
3) renew schedule! - kena fixkan masa membaca. belajar dan dakwah kena seimbang.
4) minum air banyak! - aim kurus. so tak yah beli baju baru.membazir dan boros Allah marah!
5) set up agenda kehidupan! - senyum, husnuzhon, communication, family, masak.
6) Saladin! - mantapkan sulbah!


proses bersih hati!go go semangat!

Thursday, February 3, 2011

it turns out to be..

because of your 'leadership'
the people are now united.
the people are now protecting each other
they now become one!

because of  your 'action'
the people are now standing for their rights
the people now know 'baik buruk'
the people now know what a good leader should be.

because of your 'words'
people started to believe in god
Some of my friends mula mencari Allah
they started to 'menjinakkan hati'
and that's so awesome!

* mungkinkah ini permulaan kebangkitan yg kita impikan?*