Wednesday, June 29, 2011

empat hari lagi...

"sungguh, usahamu memang beraneka macam."
[92:4]

Assalamualaikum semua,
Uuh..terlalu lama tak menulis..Sihatkah anda? Iman dan amal juga sihat? Alhamdulillah...Moga kita terus berlari mengejar syurga yang menanti di akhirat sana. :)

Lagi empat hari nak balik msia.. apakah perasaan anda?

Gembira
Gembira lah sebab nanti dapat jumpa family especially mama dengan babah!!Menghitung hari nak jumpa. Haa..itulah, bila semua orang dah sedia cari cinta manusia, kau pula baru terkocoh-kocoh mengejar kasih parents.Takpe.. buat yang terbaik!!! Plus, my sister akan melangsungkan perkahwinan.Tambah meriah laa rumah kecil tu nanti..=D

Celaru
Haa..bab celaru ni laa yang tak best. Memikirkan suasana dah balik nanti, mesti dihujani pelbagai soalan. Masa sekolah kat Johor dulu, macam-macam soalan ditanya.Ini pula tinggal kat negara orang.Tambah dengan perubahan diri nih lagi lah menimbulkan persoalan mereka. Spotlight akan terang benderang atas kepala. Setiap kesalahan diri pasti dicari. Woah, sabar naurah sabar. Innallaha ma'a sobirin! Kau ada Dia. Dia jaga kau..(Rabbi, jagalah aku please...) Celaru lagi kalau terserempak dengan orang-orang yang memang tak nak jumpa. Maaflah kalau saya angguk dr jauh je..

Takut
Kenapa takut? Sebab kat msia tak secure! Back to comfort-zone I guess. Takut lemas. Cuak tarbiyyah dzatiyah tak cukup kuat. Takut furqan tak cukup tajam nak bezakan hak dan batil. Cabaran bangun subuh pasti berulang. Kalau qiam apatah lagi. Bayangan-bayangan jahiliyyah pasti menghantui. Aiyook..tak tahu..habis lah kau! Tambah-tambah ada tv kt rumah tu. Mampu ke cik Naurah oi?

Jangan lemah!
Jangan takut!
Allah kan ada.
Dia boleh jaga kau.
Janji kau jaga hubungan dengan Dia.

Jahilliyah?
Lawan tetap lawan!
Langkah pertama tu yang kena kuat.
Lepas tu, Allah mesti tunjuk jalan.
Gambatte!

Tuesday, June 14, 2011

Kau lapar?


"aduhhh, laparnyeee!!"
Kau lapar?
Tapi semalam kan dah makan nasi?
Kalau diberi nasi sepinggan tambah dengan lauk-pauk yang sedap mesti kenyang kan?
Tapi pernah kau fikir Rasulullah saw lapar macam mana?

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata:
"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa:
"Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)
Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:
"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:
"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya:
"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan                                                                       dari: sini

"Sedang aku punya nikmat makanan yang amat banyak, perut Rasul ku pernah terbiar kosong tanpa makanan. Dan aku, mengeluh lagi kelaparan. Sedangkan peti ais dan almari dapur penuh dengan makanan. Dan selepas itu, aku mengeluh pula kegemukkan. Tanpa mengucap syukur yang berterusan.  Terus lupa lapar juga satu nikmat, yang akan meringankan bebanku sewaktu penghisaban nanti. Tapi esok, aku pasti mengeluh lagi. Langsung lupa yang ku mohon itu adalah satu bala. Bala pertama selepas kewafatan Rasul ku iaitu, kenyangnya perut." 

Saturday, June 11, 2011