Showing posts with label conteng. Show all posts
Showing posts with label conteng. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Assalamualaikum! Sungguh bersemangat nak tulis blog hari ni. Dari semalam menunggu hari jumaat. Sebab hari jumaat kan dah abis kelas, exam, sume tu. Macam tak appropriate la kan kalau tulis blog semalam tapi hari ni exam. Kang dapat result exam ntah pape.. baru nak menyesal. Langsung lupa konsep tawakkal dan redha.
tetamu yg kelaparan ;)
Alhamdulillah sampai hari ni Allah beri kita nikmat. Cuaca kat Michigan sekarang ni sangatlah istimewa. Daun-daun hijau mulai berubah warna keemasan. Mudah benar daun-daun ni gugur..pantang ditiup angin. Habis penuh daun kat depan rumah. Tapi subhanallah cantiknya mengalahkan scenery 'Autumn in my heart'. Hati yang gundah pun boleh jadi tenang. Kalian kena experience sendiri lah! =)

by naqaz90
Selesai juga menghabiskan novel 'Quartet' by Saidatul Saffaa. Janji nak start baca after abis semester ni..hermm..tak menyempat! Dah abis pun baca. Memang best!Walaupun orang kata ni novel cinta, tapi saya kategorikan novel ini sebagai buku motivasi. Haha. Diceritakan bagaimana transformasi seorang wanita yang tidak berhijab itu menjadi seorang muslimah solehah.Diselitkan juga soal fitrah wanita yang mahukan sesuatu yang pasti. Terlalu banyak pengajaran dan peringatan buat kaum hawa yang berusaha menjadi bidadari syurga. Dah saya tak nak comment panjang. Baca sendirilah baru best. Memang saya recommend lah novel ni buat akhowat diluar sana. (kalau minat membaca lah..hehe) Buat Saladin, antunna ambil giliran lah pinjam buku ni ya...hahaha


Inilah jadinya bila dah lama tak menulis. Ceritanya tak bermotif. Tak pelah. Cukup setakat ini.

Thursday, September 8, 2011

fall 2011

alhamdulillah..
junior year!!
updates:
* dah sampai E.L
* deactivate fb
* diet bermula
* cuaca mula sejuk
* kuih raya teman setia
* assignment banyak

Rabbuna yussahil ala kulli hal...^_^

Friday, July 22, 2011

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri kendara. kemudian bersiaplah aku membuka langkah bersama mama dan babah. Harapanku supaya mereka bersama-sama meniti di jalan taqwa yang penuh duri. Cuma mahu mereka lihat erti syahadah yang diucapkan setiap hari dengan perspective yang baru. Itu saja. Alhamdulillah, Allah maha Penyayang. Hatiku menjadi kuat saat jahiliyyah mula mengorak langkah. Benar betul janjiNya padaku. PertolonganMu amat dekat!Dan lepas melihat gelagat dua mempelai di kenduri tadi, sesuatu betul-betul telah mengetuk hatiku. Betapa manusia itu perlukan cinta. Ingatlah kamu naurah ,cinta yang kekal hanyalah dengan Rabb-mu. Dan betapa indahnya bercinta selepas saat lafaz sakinah itu. Moga kalian bercinta hingga ke syurga. barakallahu fikk to my sista n her husband!