Thursday, August 18, 2011

biah solehah

Assalamualaikum.
Nampaknya tak konsisten naurah menulis blog. Ini pun baru kali ke-2 sejak balik malaysia. Apa nak jadi nih? Tak apalah, yang penting menulis kerana ingin lebih dekat denganMu dan moga ianya juga berfaedah untuk kalian.
Sejak duduk dirumah macam anak tunggal dan baby sitter, kehidupan sebijik macam after spm. Ingatkan mudah untuk beramal di rumah sendiri rupanya lagi senang di negara orang. Dan benda yang sama Allah uji bila duduk rumah iaitu kesabaran. Ni baru 2 bulan diuiji. Rasulullah saw dahulu bertahun-tahun Allah uji kesabaran baginda. Setiap khemah yang di jengah pasti menghamburkan berpuluh tomahan. Abu Bakr sendiri tak tahan melihat Rasul Allah dikeji dan dihina depan-depan. Pergh..Kalau nak dibandingkan dengan ujian kesabaran 2 bulan ni, apa lah sangat naurah oi. Tapi kan, sepanjang berada di rumah yang selesa lagi indah ini, satu benda yang paling dirindui---> biah solehah di east lansing.
Biah solehah bermaksud persekitaran yang baik atau suasana yang solehah. Bagi naurah, biah solehah amat penting bagi pertumbuhan iman dan peningkatan amal seseorang. Yelah, mana taknya, solat berjemaah, mengaji bersama, tolong menolong, masak bersama, gelak tawa bersama dan yang paling best adalah teguran-teguran yang membina dari orang sekeliling. Dengan biah solehah, seseorang boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik. Sebab memang sunnah Allah, manusia boleh dipengaruhi oleh persekitaran kan? Cuba bayangkan kalau semua (or most of ) ahli rumah kita suka tengok korean drama.. tak peliklah kalau kita pun ikut tonton bersama. Banyak lagi contoh-contoh lain yang mengatakan manusia ini cepat terpengaruh dengan persekitaran. Kalau tak, tak kan laa kat sekolah ada badan pembimbing rakan sebaya (PRS), kan?
Jadi, kalau nak jadi baik atau ramai kata nak jadi daie, hiduplah dah suasana yang solehah. Tapi macam mana kalau persekitaran membantutkan iman? Haa..hidupkanlah persekitaran itu. Mula dengan mengajak mereka di sekeliling untuk solat berjemaah. Ganjaran pahala berlipat ganda tau. Pahala instant! Mungkin susah untuk sesetengah orang tapi kita buat ni untuk diri sendiri. Penting untuk diri kita untuk hidup dalam persekitaran yang baik. Penting untuk iman kita untuk tinggal dengan suasana yang solehah. Jadi hidupkan sekeliling tu kalau belum wujud biah solehahnya. Nak masuk syurga tak? Hehe.. Kita perlu ingat, yang kita ni tak seteguh para sahabat terdahulu. Dicampak mana pun kental imannya. Di ceruk mana pun dibumi, mereka ini pasti hidup. Jadi amatlah penting untuk kita hidup dalam biah solehah selama mana kita persiapkan diri untuk jadi seperti para sahabat. Okehnyeh?
Ini adalah peringatan untuk diri dan moga ianya bermanfaat juga untuk anda. XD

Waallahualam.

Friday, July 22, 2011

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri kendara. kemudian bersiaplah aku membuka langkah bersama mama dan babah. Harapanku supaya mereka bersama-sama meniti di jalan taqwa yang penuh duri. Cuma mahu mereka lihat erti syahadah yang diucapkan setiap hari dengan perspective yang baru. Itu saja. Alhamdulillah, Allah maha Penyayang. Hatiku menjadi kuat saat jahiliyyah mula mengorak langkah. Benar betul janjiNya padaku. PertolonganMu amat dekat!Dan lepas melihat gelagat dua mempelai di kenduri tadi, sesuatu betul-betul telah mengetuk hatiku. Betapa manusia itu perlukan cinta. Ingatlah kamu naurah ,cinta yang kekal hanyalah dengan Rabb-mu. Dan betapa indahnya bercinta selepas saat lafaz sakinah itu. Moga kalian bercinta hingga ke syurga. barakallahu fikk to my sista n her husband!

Sunday, July 3, 2011

few hours left..

“Sibgah Allah." Siapa yang lebih baik Sibgah-nya dari pada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
[2:138]
dupp dupp dupp..Lagi berapa je jam nak naik flight..cuak! Semalam sibuk google pasal Korea..kononnya buat preparation transit tour kat sana.Hehe.soooo close ngn Jeju Island!! Tapi maybe tak sempat nak ke sana..T__T. Doakan perjalanan kami sentiasa dalam berkatNya..Aminn..

Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Sekarang pagi, nanti kejap je dah malam. Hari tu baru start sem, sekarang dah nak balik. Teringat kata-kata Batrisya (5 thn),

" Yesterday was a history and tomorrow is the future and everyday is about making a history from a future!"

Mendalam sungguh! Sebijik macam apa yang pernah saya cakap masa kecil. =.='' Tapi betul lah ape dia cakap tu. Jadi sejarah apa yang kita nak ukir hari nih? Tanyalah diri saat bangun pagi =D
Malam tadi, orang jamu kami dengan mee kari! Sedap woo.. dan bukan itu saja. Siap ada pesanan penaja untuk kami yang nak pulang. Pesanan ringkas tapi mendalam. Tentang Sibghah Allah (Celupan Allah). 

Apa itu Celupan Allah? Apa yang Allah maksudkan dengan celupan Dia? Ok, saya cuba buat anologi. Cuba bayangkan sebiji strawberry yang dicelup dalam semangkuk coklat. Nyum nyum nampak sedap sekali kan? Dan lagi sedap kalau strawberry tu di cover penuh dengan coklat. Macam tu juga dengan celupan Allah iaitu islam. Nak menempuh medan dakwah sebenar kita kena lah di saluti dengan islam 100%. Biar penuh dan nampak cantik macam strawberry tadi. Berulang kali kami di ingatkan, " Kat Msia nnt, jgn igt sama mcm dakwah kt sini. Kat sana kamu betul-betul akan diuji. Kuatkan dakwah dzatiyah "Saya akui memang terasa manja bertarbiyyah di negara orang. Mungkin itu yang terbaik dari Allah. Celupan islam itu tak boleh nak half-half. Kalau tak, tak cantik lah. Malah mungkin akan jadi fitnah pula pada islam. Dan akan memudaratkan iman saja. Tapi, kalau cakap memang senang. Nak buat susahnya berganda-ganda tau. Yang penting, keep up dengan amal dan jaga akhlak. Usaha! Usaha! Usaha! 

"Dakwah ni macam kupas bawang. Lagi dalam kita kupas bawang tuh, lapisan demi lapisan, lagi banyak kita nangis. Dan yang paling manis kita mahukan adalah core bawang tu. Cantik putih. Moga setiap airmata yang jatuh tuh hanya kerana Allah"

Wallahua'lam

Wednesday, June 29, 2011

empat hari lagi...

"sungguh, usahamu memang beraneka macam."
[92:4]

Assalamualaikum semua,
Uuh..terlalu lama tak menulis..Sihatkah anda? Iman dan amal juga sihat? Alhamdulillah...Moga kita terus berlari mengejar syurga yang menanti di akhirat sana. :)

Lagi empat hari nak balik msia.. apakah perasaan anda?

Gembira
Gembira lah sebab nanti dapat jumpa family especially mama dengan babah!!Menghitung hari nak jumpa. Haa..itulah, bila semua orang dah sedia cari cinta manusia, kau pula baru terkocoh-kocoh mengejar kasih parents.Takpe.. buat yang terbaik!!! Plus, my sister akan melangsungkan perkahwinan.Tambah meriah laa rumah kecil tu nanti..=D

Celaru
Haa..bab celaru ni laa yang tak best. Memikirkan suasana dah balik nanti, mesti dihujani pelbagai soalan. Masa sekolah kat Johor dulu, macam-macam soalan ditanya.Ini pula tinggal kat negara orang.Tambah dengan perubahan diri nih lagi lah menimbulkan persoalan mereka. Spotlight akan terang benderang atas kepala. Setiap kesalahan diri pasti dicari. Woah, sabar naurah sabar. Innallaha ma'a sobirin! Kau ada Dia. Dia jaga kau..(Rabbi, jagalah aku please...) Celaru lagi kalau terserempak dengan orang-orang yang memang tak nak jumpa. Maaflah kalau saya angguk dr jauh je..

Takut
Kenapa takut? Sebab kat msia tak secure! Back to comfort-zone I guess. Takut lemas. Cuak tarbiyyah dzatiyah tak cukup kuat. Takut furqan tak cukup tajam nak bezakan hak dan batil. Cabaran bangun subuh pasti berulang. Kalau qiam apatah lagi. Bayangan-bayangan jahiliyyah pasti menghantui. Aiyook..tak tahu..habis lah kau! Tambah-tambah ada tv kt rumah tu. Mampu ke cik Naurah oi?

Jangan lemah!
Jangan takut!
Allah kan ada.
Dia boleh jaga kau.
Janji kau jaga hubungan dengan Dia.

Jahilliyah?
Lawan tetap lawan!
Langkah pertama tu yang kena kuat.
Lepas tu, Allah mesti tunjuk jalan.
Gambatte!

Tuesday, June 21, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Kau lapar?


"aduhhh, laparnyeee!!"
Kau lapar?
Tapi semalam kan dah makan nasi?
Kalau diberi nasi sepinggan tambah dengan lauk-pauk yang sedap mesti kenyang kan?
Tapi pernah kau fikir Rasulullah saw lapar macam mana?

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata:
"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa:
"Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)
Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:
"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:
"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya:
"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan                                                                       dari: sini

"Sedang aku punya nikmat makanan yang amat banyak, perut Rasul ku pernah terbiar kosong tanpa makanan. Dan aku, mengeluh lagi kelaparan. Sedangkan peti ais dan almari dapur penuh dengan makanan. Dan selepas itu, aku mengeluh pula kegemukkan. Tanpa mengucap syukur yang berterusan.  Terus lupa lapar juga satu nikmat, yang akan meringankan bebanku sewaktu penghisaban nanti. Tapi esok, aku pasti mengeluh lagi. Langsung lupa yang ku mohon itu adalah satu bala. Bala pertama selepas kewafatan Rasul ku iaitu, kenyangnya perut."