Thursday, October 21, 2010
Wednesday, October 20, 2010
barakallahu fik my dearest walid
20102010
cantek sungguh nombor nih..once in a lifetime?haha
since hari ni born day someone..jom kite tgk balek ape itu birthday?
birthday ialah satu tarikh hari kelahiran yg disambut oleh ramai org setiap tahun.(ayat serabot..tp phm lah kn?)
tp mase rasulullah dulu ade ke sambut birthday2 nih? kalau ade comfirm jd sunnah kan?
beberape hari lepas, alhamdulillah naurah diberi kesempatan kt chicago utk dgr talk dr Sh Omar Baloch.
pengalaman 2 hari itu yang sgt valuable..mmg x rugi mase..mumtaz2!^_^
memandangkan ramai yg celebrate birthday dgn begitu grand..naurah rse macam salah je..hoho
utk meleraikan serabot di hati..naurah rujuk beliau.
jawapan yang mantap telah terjawab oleh Sh..
->hal halal haram mmg jelas dalam islam..mcm hitam putih..jatuhnye bole/x boleh sambut birthday nih terserah pada kamu sendiri.
--> adakah ia satu ibadah atau muamalat? kamu jawab sendiri
--> hari jadi itu adalah hari kesyukuran. jadi apakah cara terbaik untuk bersyukur pada Allah?? beribadat
--> rasulullah s.a.w dahulu pun ade sambut birthday..baginda menunjukkan rase gembira dan syukur pada Allah dalam satu ibadah khusus.. iaitu berpuasa pada hari isnin.baginda bersabda:
"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul."[sahih muslim]
--> hari jadi itu x salah tp, how we celebrate that day yang menjadi persoalan.
jadi sahabat2, macam mne dgn birthday party/ celebration yg kite buat selame nih? Allah x suke ke?[ya Rabb, ampunkan kami yg lalai] hari penting yg dah sambut selame 20 tahun nih penuh dgn kelalaian!!T_T
semoge Allah permudahkan jalan kita ke syurga...sebelum mengakhiri entry...
barakallahu fik~
umur itu amanah..
hepi birthday babah!
Tuesday, October 19, 2010
Thursday, October 14, 2010
muslimah solehah bukan hanye tudung dikepala...
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”-iluvislam
p/s: sisters, jom blast off ke syurge!
p/s: sisters, jom blast off ke syurge!
Labels:
sisters
Monday, October 11, 2010
disebalik awan
jangkaan meleset!
menyangka kau akan mengajarku bertatih.
menyangka kau akan membentukku menjadi org berguna.
menyangka kau akan menjamin akidah dan imanku.
menyangka kau akan tinggalkan aku untuk terus hanyut.
tapi...
kau biarkan aku berlari sendiri
kau biarkan aku bentuk diriku
kau biarkan aku menjaga diri
kau biarkan aku sedar sendiri.
terima kasih kerana biarkan aku terbang sendiri..
perlakuan mu itu telah memaksa aku
untuk celik dengan qalb yang kian lama buta.
aku sangat bersyukur pada Allah
Dia temukan kau dan aku . [Spring '10]
Sunday, October 10, 2010
muslimah di konsert maher zain..
ahlan..red alarm buat saudare2 perempuanku di luar sane..post ini di petik dr http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/926-apabila-muslimah-terjerit-jerit-semasa-konsert-maher-zain.html
Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik.
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?
Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." -Riwayat al-Thabarani
Sebahagian pembaca silap faham dengan berita yang dibawa. Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.
Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.
Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."
Namun bagi mengelakkan salah faham akan datang, ayat pendahuluan disunting menjadi "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik."
Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.
Friday, October 8, 2010
forgiveness
NEVER forgive someone who DESERVE it!
FORGIVENESS means
to give it to somebody who DOES NOT deserve it.
Thursday, October 7, 2010
petua imam Syafi'e
- Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
- Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
- Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
- Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
- 4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH-Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA-Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN-Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Wednesday, October 6, 2010
K.U.A.T!
kau penat?
hati kau pon penat?
xpe.
tenang2
nk yg terbaek knelah berkorban.
mase
duet
friendships
energy
hati
x lame pon
sampai jantung stop berfungsi.
sampai akhir hidup di dunie
sampai situ je.
lepas itu..?
haaa..dh x yah penat2!
Allah uruskn semuanya.
^_^ chaiyok!^_^
harimau nih mcm cool je |
Sunday, October 3, 2010
pandangan mata selalu menipu..
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
[Ibnu Qayyim]
Friday, October 1, 2010
bantu jawab soalan..
naurah nk kongsi video nih..menarik!!thanks to my love..haha..haaa lepas tgk vid nih..tgk vid 2nd plak eh?? cmne nk jawab soklan atau statement terakhir pem berita tuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)