Sunday, December 11, 2011

Thursday, December 1, 2011


biarkan aku bertatih..asalkan sampai padaMu..

Sunday, November 13, 2011

Risau apa orang kata?

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. My life's getting better and better. It's almost at the end of fall semester! IFR sisters pun dah lama habis and now bertungkus-lumus for Tamrin 2011. Jalan ini tak pernah senyap eh dengan kerja-kerja technical. Kerja hati apatah lagi kan. May Allah be pleased with our actions and grant us a wonderful palace with a beautiful garden in Jannah. Aminn..>,<"
Sy baru terbaca dan 'like' status seorang sahabat di facebook. Memang supelike and maybe ramai pun tahu.

"Seorang muslimah yang tidak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong,
Seorang muslimah yang tidak berpunya teman lelaki janganlah kau kata dia tak laku,
Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip auratnya janganlah kau kata dia kolot,
Seorang muslimah yang tak memandang kau tika bersemuka janganlah kau merasa sangat handsome sampai dia takut untuk memandang," (Quote)

Best tak? Haha..Bukan senang nak jadi muslimah. Orang dok mengata kita dari bab tudung sampai bab stoking. Buat orang low-confidence je. Bab nikah macam juga. Kalau tiru gaya Khadijah r.a, mesti orang lain cop gatal. Takde lah yang baik sikit nak cakap kan. Lately ni, one of my bestfriends dah mula berjinak-jinak mahu berniqab. Mashaallah!  Ada juga yang dah mula bertudung labuh. Subhanallah. Ada juga yang sudah mahu join usrah. Tapi semua dok risau apa orang kata. Dok risau parents, makciks, pakciks, cousins kata apa. Kesian kawan tu. Mahu berhijrah yang lebih baik tapi diruntuhkan semangatnya. 

Awak, manusia tak kan pernah berhenti bercakap. Buatlah baik mana or jahat mana sekali pun. they will still talk about us. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Ape ke peribahasa melayu pasal mulut tempayan tu. " Mulut tempayan boleh tutup, mulut orang macam mane nak tutup" Eh, macam pelik je, tapi lebih kurang laa kan. Jadi, awak mesti kuat, tekad. Hiraukan apa orang nak kata. Yang penting apa Allah kata. Yang penting awak happy. Kalau mahu berniqab, go for it! Kalau mahu bertudung labuh, teruskan! Kalau mahu bernikah gaya Khadijah ra, be confident! Ini semua kebaikan. La Taqlaqi!!(dont worry!!) Go Go Go....

Nah,  hadiah buat awak :
" Perhatikanlah, bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpamaan tentang engkau, maka sesatlah mereka, mereka tidak sanggup mendapatkan jalan." 
[25:9]

For me, this ayah is a little bit harsh but truly, it makes me happy! Allah macam backup and support kita kan? Oh yeah..So, jom jom jom berusaha menjadi muslimah sejati. Biar bidadari-bidadari kat syurga jealous. Hehe..Tak usah pikir-pikir apa orang lain kata. =]

May Allah be with us.

Btw, I discovered something about myself.(after all these years..=.=''). I have to read! Novels or books. Sebab ini buat saya 'tak lemau'. Hoho..So, after Quartet,  sy dah bace buku ini.

great courage!


illa liqa', insyaallah XD

Thursday, October 20, 2011

20102011

Salamualaikum, saya tau nih bukan masanya untuk menulis blog sebab esok ada exam (killer subject!). Tapi hari nih 20102011, jadi...

 Happy birthday, babah!



abaikan tarzan tapi this song is for you. =)
sorry lambat wish. (tunggu date us..haha)

I really miss you. I really do. I was a bit upset when u didn't tell me that u're going to get a surgery.(u told me once tapi tak sangka secepat ini..) But, I understand. Mesti tak nak bagitau sebab takut ha risau ke apa kan? Hoho..I love you so much.

Saturday, October 15, 2011

miss them a lot.. :'(

Alhamdulillah, almost separuh sem bertungkus-lumus mengejar pointer! Apa rasa apa rasa? 
Penat! T_T
Bila badan dah penat belajar, rasa lembik, luka-luka, lebam-lebam, memang focus terbang ke rumahlaa jawabnye..terus teringat tempoh 2 bulan menjadi baby-sitter (plus anak tunggal.xp). Pun penat jugak dulu tapi....diorang waayy adorable than Physic!!
Oh rindu rumah!

Emir
mujahid soleh, aminn :)
 
Umar ibn Aziz..
insyaallah..:)
Aisyah
jd solehah ok? :) 

Rindu mereka!
Moga mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah. 
(Jgn besar cepat sangat..tunggu chu ha balik!)
Nak buat macam mana ni? 
Badan sakit letih, hati rindu rumah pulak..

Oh yeahhh, layan lagu ni ~


Semangat tak dengar lagu ni? Hahaha..membakar semangat kot!!
Thank you Allah sebab kasi this song through Si Peminat Ikan Paus! 
Semangat naurah come on!
Niat macam semut, laron dan ikan..hehe
taman syurga 
taman syurga 
taman syurga 
taman syurga
>,<''

Friday, October 7, 2011

Assalamualaikum! Sungguh bersemangat nak tulis blog hari ni. Dari semalam menunggu hari jumaat. Sebab hari jumaat kan dah abis kelas, exam, sume tu. Macam tak appropriate la kan kalau tulis blog semalam tapi hari ni exam. Kang dapat result exam ntah pape.. baru nak menyesal. Langsung lupa konsep tawakkal dan redha.
tetamu yg kelaparan ;)
Alhamdulillah sampai hari ni Allah beri kita nikmat. Cuaca kat Michigan sekarang ni sangatlah istimewa. Daun-daun hijau mulai berubah warna keemasan. Mudah benar daun-daun ni gugur..pantang ditiup angin. Habis penuh daun kat depan rumah. Tapi subhanallah cantiknya mengalahkan scenery 'Autumn in my heart'. Hati yang gundah pun boleh jadi tenang. Kalian kena experience sendiri lah! =)

by naqaz90
Selesai juga menghabiskan novel 'Quartet' by Saidatul Saffaa. Janji nak start baca after abis semester ni..hermm..tak menyempat! Dah abis pun baca. Memang best!Walaupun orang kata ni novel cinta, tapi saya kategorikan novel ini sebagai buku motivasi. Haha. Diceritakan bagaimana transformasi seorang wanita yang tidak berhijab itu menjadi seorang muslimah solehah.Diselitkan juga soal fitrah wanita yang mahukan sesuatu yang pasti. Terlalu banyak pengajaran dan peringatan buat kaum hawa yang berusaha menjadi bidadari syurga. Dah saya tak nak comment panjang. Baca sendirilah baru best. Memang saya recommend lah novel ni buat akhowat diluar sana. (kalau minat membaca lah..hehe) Buat Saladin, antunna ambil giliran lah pinjam buku ni ya...hahaha


Inilah jadinya bila dah lama tak menulis. Ceritanya tak bermotif. Tak pelah. Cukup setakat ini.

Tuesday, October 4, 2011

Saturday, September 24, 2011

kumpulan KITA

Jalan dakwah memang tak pernah mudah. Halangan dan dugaan bermacam rupa dan rasa. Bukan sahaja makin ramai orang yang menentang cara kehidupan kita bahkan iblis juga mula menghantar komander-komandernya untuk menghasut dan menjatuhkan semangat kita. Pantang ada peluang perselisihan, cepat saja virus-virus ukhwah mereka sebarkan. Tak kesah lah perselisihan pendapat ke, emosi ke, atau knowledge. Ada aje kesempatan untuk mereka bergerak!

Dan KITA?

Bila pula masanya untuk kita bergerak? Nak tunggu 100 tahun lagi sampai mujaddid muncul? Fuhh..memang tak sempat laa kan. Dan bila kita dah semangat-semangat utk bergerak, berkumpulah bersama orang-orang kita. Jangan bergerak berseorangan. Dunia ini luas, cabaran pun terlalulah banyak. Kan kerja berjemaah itu lebih mudah dan meringankan? Yes, memang ada juga perselisihan dalam jemaah (which is normal), tapi at least ada orang-orang sekeliling yang sedia membantu. Sama macam solat jemaah lah. Kalau imam tersalah baca, makmum dapat betulkan. =)

Dan sekarang, bila sudah bergerak dalam satu kumpulan, emosi diri kita, tolak tepi! Kita buang jauh-jauh. Buat sakit iman kita dan iman orang lain je, kan? Yang dulu benci, sekarang kena sayang..demi Allah dan agamaNya. Kalau syg itu mengambil masa, berlapang dada saja lah. "Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada". Even tho, emosi kita tolak tepi, tapi isi hati baik diuraikan. Diucap dengan kata-kata dan nada suara yang tidak menikam mana-mana pihak. Itu lebih baik daripada simpan dan kumpul dalam hati sampaikan di hidu ahli kumpulan sendiri. Mula lah bersangka-sangka dan timbul 'awkward moments' dalam ukhwah. Pudar terus nanti semangat itu .Dan saat itu, komander2, sarjan2, dan askar2 iblis mula menguntum senyuman puas. "Lihatlah anak-anak Adam ini sudah punya penyakit hati" Astaghfirullah! Ini sangat-sangat membantutkan jalan kerja. If jalan kerja tak smooth mana kan mungkin kita mampu melangkah jauh.

Segalanya kembali pada niat.Nawaitu yang bersih! Untuk apa kita bergerak pada mulanya tadi? Pangkat? Glamor? atau Ukhwah?.Memang tak salah jika mahu niat begitu tapi tune-kan sikit. Bergerak kerana mahu jadi bidadari syurga, kerana mahu dikenali oleh ahli-ahli syurga, kerana mahu bersaudara di taman syurga nanti. Jadi. mari sama-sama luruskan niat! Supaya dapat istana syurga yang diimpikan.
Ya Rabbuna yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di jalan-Mu.

pic from google

Thursday, September 8, 2011

fall 2011

alhamdulillah..
junior year!!
updates:
* dah sampai E.L
* deactivate fb
* diet bermula
* cuaca mula sejuk
* kuih raya teman setia
* assignment banyak

Rabbuna yussahil ala kulli hal...^_^

Thursday, August 18, 2011

biah solehah

Assalamualaikum.
Nampaknya tak konsisten naurah menulis blog. Ini pun baru kali ke-2 sejak balik malaysia. Apa nak jadi nih? Tak apalah, yang penting menulis kerana ingin lebih dekat denganMu dan moga ianya juga berfaedah untuk kalian.
Sejak duduk dirumah macam anak tunggal dan baby sitter, kehidupan sebijik macam after spm. Ingatkan mudah untuk beramal di rumah sendiri rupanya lagi senang di negara orang. Dan benda yang sama Allah uji bila duduk rumah iaitu kesabaran. Ni baru 2 bulan diuiji. Rasulullah saw dahulu bertahun-tahun Allah uji kesabaran baginda. Setiap khemah yang di jengah pasti menghamburkan berpuluh tomahan. Abu Bakr sendiri tak tahan melihat Rasul Allah dikeji dan dihina depan-depan. Pergh..Kalau nak dibandingkan dengan ujian kesabaran 2 bulan ni, apa lah sangat naurah oi. Tapi kan, sepanjang berada di rumah yang selesa lagi indah ini, satu benda yang paling dirindui---> biah solehah di east lansing.
Biah solehah bermaksud persekitaran yang baik atau suasana yang solehah. Bagi naurah, biah solehah amat penting bagi pertumbuhan iman dan peningkatan amal seseorang. Yelah, mana taknya, solat berjemaah, mengaji bersama, tolong menolong, masak bersama, gelak tawa bersama dan yang paling best adalah teguran-teguran yang membina dari orang sekeliling. Dengan biah solehah, seseorang boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik. Sebab memang sunnah Allah, manusia boleh dipengaruhi oleh persekitaran kan? Cuba bayangkan kalau semua (or most of ) ahli rumah kita suka tengok korean drama.. tak peliklah kalau kita pun ikut tonton bersama. Banyak lagi contoh-contoh lain yang mengatakan manusia ini cepat terpengaruh dengan persekitaran. Kalau tak, tak kan laa kat sekolah ada badan pembimbing rakan sebaya (PRS), kan?
Jadi, kalau nak jadi baik atau ramai kata nak jadi daie, hiduplah dah suasana yang solehah. Tapi macam mana kalau persekitaran membantutkan iman? Haa..hidupkanlah persekitaran itu. Mula dengan mengajak mereka di sekeliling untuk solat berjemaah. Ganjaran pahala berlipat ganda tau. Pahala instant! Mungkin susah untuk sesetengah orang tapi kita buat ni untuk diri sendiri. Penting untuk diri kita untuk hidup dalam persekitaran yang baik. Penting untuk iman kita untuk tinggal dengan suasana yang solehah. Jadi hidupkan sekeliling tu kalau belum wujud biah solehahnya. Nak masuk syurga tak? Hehe.. Kita perlu ingat, yang kita ni tak seteguh para sahabat terdahulu. Dicampak mana pun kental imannya. Di ceruk mana pun dibumi, mereka ini pasti hidup. Jadi amatlah penting untuk kita hidup dalam biah solehah selama mana kita persiapkan diri untuk jadi seperti para sahabat. Okehnyeh?
Ini adalah peringatan untuk diri dan moga ianya bermanfaat juga untuk anda. XD

Waallahualam.

Friday, July 22, 2011

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri kendara. kemudian bersiaplah aku membuka langkah bersama mama dan babah. Harapanku supaya mereka bersama-sama meniti di jalan taqwa yang penuh duri. Cuma mahu mereka lihat erti syahadah yang diucapkan setiap hari dengan perspective yang baru. Itu saja. Alhamdulillah, Allah maha Penyayang. Hatiku menjadi kuat saat jahiliyyah mula mengorak langkah. Benar betul janjiNya padaku. PertolonganMu amat dekat!Dan lepas melihat gelagat dua mempelai di kenduri tadi, sesuatu betul-betul telah mengetuk hatiku. Betapa manusia itu perlukan cinta. Ingatlah kamu naurah ,cinta yang kekal hanyalah dengan Rabb-mu. Dan betapa indahnya bercinta selepas saat lafaz sakinah itu. Moga kalian bercinta hingga ke syurga. barakallahu fikk to my sista n her husband!

Sunday, July 3, 2011

few hours left..

Sibgah Allah." Siapa yang lebih baik Sibgah-nya dari pada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
[2:138]
dupp dupp dupp..Lagi berapa je jam nak naik flight..cuak! Semalam sibuk google pasal Korea..kononnya buat preparation transit tour kat sana.Hehe.soooo close ngn Jeju Island!! Tapi maybe tak sempat nak ke sana..T__T. Doakan perjalanan kami sentiasa dalam berkatNya..Aminn..

Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Sekarang pagi, nanti kejap je dah malam. Hari tu baru start sem, sekarang dah nak balik. Teringat kata-kata Batrisya (5 thn),

" Yesterday was a history and tomorrow is the future and everyday is about making a history from a future!"

Mendalam sungguh! Sebijik macam apa yang pernah saya cakap masa kecil. =.='' Tapi betul lah ape dia cakap tu. Jadi sejarah apa yang kita nak ukir hari nih? Tanyalah diri saat bangun pagi =D
Malam tadi, orang jamu kami dengan mee kari! Sedap woo.. dan bukan itu saja. Siap ada pesanan penaja untuk kami yang nak pulang. Pesanan ringkas tapi mendalam. Tentang Sibghah Allah (Celupan Allah). 

Apa itu Celupan Allah? Apa yang Allah maksudkan dengan celupan Dia? Ok, saya cuba buat anologi. Cuba bayangkan sebiji strawberry yang dicelup dalam semangkuk coklat. Nyum nyum nampak sedap sekali kan? Dan lagi sedap kalau strawberry tu di cover penuh dengan coklat. Macam tu juga dengan celupan Allah iaitu islam. Nak menempuh medan dakwah sebenar kita kena lah di saluti dengan islam 100%. Biar penuh dan nampak cantik macam strawberry tadi. Berulang kali kami di ingatkan, " Kat Msia nnt, jgn igt sama mcm dakwah kt sini. Kat sana kamu betul-betul akan diuji. Kuatkan dakwah dzatiyah "Saya akui memang terasa manja bertarbiyyah di negara orang. Mungkin itu yang terbaik dari Allah. Celupan islam itu tak boleh nak half-half. Kalau tak, tak cantik lah. Malah mungkin akan jadi fitnah pula pada islam. Dan akan memudaratkan iman saja. Tapi, kalau cakap memang senang. Nak buat susahnya berganda-ganda tau. Yang penting, keep up dengan amal dan jaga akhlak. Usaha! Usaha! Usaha! 

"Dakwah ni macam kupas bawang. Lagi dalam kita kupas bawang tuh, lapisan demi lapisan, lagi banyak kita nangis. Dan yang paling manis kita mahukan adalah core bawang tu. Cantik putih. Moga setiap airmata yang jatuh tuh hanya kerana Allah"

Wallahua'lam

Wednesday, June 29, 2011

empat hari lagi...

"sungguh, usahamu memang beraneka macam."
[92:4]

Assalamualaikum semua,
Uuh..terlalu lama tak menulis..Sihatkah anda? Iman dan amal juga sihat? Alhamdulillah...Moga kita terus berlari mengejar syurga yang menanti di akhirat sana. :)

Lagi empat hari nak balik msia.. apakah perasaan anda?

Gembira
Gembira lah sebab nanti dapat jumpa family especially mama dengan babah!!Menghitung hari nak jumpa. Haa..itulah, bila semua orang dah sedia cari cinta manusia, kau pula baru terkocoh-kocoh mengejar kasih parents.Takpe.. buat yang terbaik!!! Plus, my sister akan melangsungkan perkahwinan.Tambah meriah laa rumah kecil tu nanti..=D

Celaru
Haa..bab celaru ni laa yang tak best. Memikirkan suasana dah balik nanti, mesti dihujani pelbagai soalan. Masa sekolah kat Johor dulu, macam-macam soalan ditanya.Ini pula tinggal kat negara orang.Tambah dengan perubahan diri nih lagi lah menimbulkan persoalan mereka. Spotlight akan terang benderang atas kepala. Setiap kesalahan diri pasti dicari. Woah, sabar naurah sabar. Innallaha ma'a sobirin! Kau ada Dia. Dia jaga kau..(Rabbi, jagalah aku please...) Celaru lagi kalau terserempak dengan orang-orang yang memang tak nak jumpa. Maaflah kalau saya angguk dr jauh je..

Takut
Kenapa takut? Sebab kat msia tak secure! Back to comfort-zone I guess. Takut lemas. Cuak tarbiyyah dzatiyah tak cukup kuat. Takut furqan tak cukup tajam nak bezakan hak dan batil. Cabaran bangun subuh pasti berulang. Kalau qiam apatah lagi. Bayangan-bayangan jahiliyyah pasti menghantui. Aiyook..tak tahu..habis lah kau! Tambah-tambah ada tv kt rumah tu. Mampu ke cik Naurah oi?

Jangan lemah!
Jangan takut!
Allah kan ada.
Dia boleh jaga kau.
Janji kau jaga hubungan dengan Dia.

Jahilliyah?
Lawan tetap lawan!
Langkah pertama tu yang kena kuat.
Lepas tu, Allah mesti tunjuk jalan.
Gambatte!

Tuesday, June 14, 2011

Kau lapar?


"aduhhh, laparnyeee!!"
Kau lapar?
Tapi semalam kan dah makan nasi?
Kalau diberi nasi sepinggan tambah dengan lauk-pauk yang sedap mesti kenyang kan?
Tapi pernah kau fikir Rasulullah saw lapar macam mana?

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata:
"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa:
"Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)
Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:
"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:
"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya:
"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan                                                                       dari: sini

"Sedang aku punya nikmat makanan yang amat banyak, perut Rasul ku pernah terbiar kosong tanpa makanan. Dan aku, mengeluh lagi kelaparan. Sedangkan peti ais dan almari dapur penuh dengan makanan. Dan selepas itu, aku mengeluh pula kegemukkan. Tanpa mengucap syukur yang berterusan.  Terus lupa lapar juga satu nikmat, yang akan meringankan bebanku sewaktu penghisaban nanti. Tapi esok, aku pasti mengeluh lagi. Langsung lupa yang ku mohon itu adalah satu bala. Bala pertama selepas kewafatan Rasul ku iaitu, kenyangnya perut." 

Saturday, June 11, 2011

Thursday, May 26, 2011

United we stand!!

Together we join hands to reach our goals 
With spirit and dignity we stand
 Tun Fatimah will always be the leader 
Our quest in fulfilling the hopes of our nation 
We’re the generation for tomorrow 
To be a guide, to show what we can be
 Tun Fatimah, you have our promise 
We’ll be the guide,
 we’ll be the light 
And be your pride
 United we stand, Tun Fatimah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tahniah TF dynamites.
I'm really proud of you guys!!!!
^__________^
mesti tengah seronok kat Paroi sekarang kan?
and aku sorang2 kat sini buat assignment.
takpe..takpe..
Nanti, aku turun jumpa korang.
(siapla, ak kasi korg dgr isk nanti! haha)

PTPZ!!

suatu ketika dahulu... 


Sunday, May 22, 2011

siapa kita, akhawat?

Salam alaik buat semua,

Alhamdulillah sudah seminggu start class. Sini cuaca semakin baik tapi kadang-kadang hujan jugak. Mungkin rahmat dariNya :) Tak sabar rasenya nak tengok fireflies. Once, diorang keluar memang cantik sangat. SubhanAllah! Magical! Lagi tak sabar rasanya nak balik rumah. Dapat jumpa nenek! Rindu kat Atuk. Rindu Atuk sangat-sangat. Moga roh dan jasadnya tenteram dan di rahmatiNya. Amin...

Haa..apa pula cerita kalian? Moga sihat-sihat iman dan amal kita semua.:)

Entry kali ini sekali lagi ditujukan khas buat akhawatku di luar sana. Maaf lah, kalau blog ini memang banyak tekankan untuk wanita. Bukannya saya nak ajak wanita jadi feminist tapi saya cuma mahu 'kita' terlibat dalam kebangkitan Islam yang kita sangat yakin that one day Islam itu pasti bangkit semula. Memanglah jika kita lihat pada umur, macam tak sempat je nak tengok Islam gemilang kan? Tapi insyaAllah, anak-anak kita, cucu-cicit kita, dan generasi kita nanti yang menjadi khalifah dan menyaksikan kegemilangan itu. Bangga tak?Best kan? Ya, sejarah pasti berulang. Tapi bagaimana?

Percayalah, jatuh dan naiknya sesebuah tamadun itu bergantung juga pada ciri-ciri wanita negara itu sendiri. Kita ini walaupun difitrahkan lembut, tapi memainkan peranan besar dalam membentuk sesebuah ummah. Tahu tak kejatuhan Rom suatu ketika dahulu berpunca daripada bermulanya tabarruj yang dasyat di kalangan wanita. Wanita zaman tersebut, mula bersolek, mendedahkan aurat, dan berfashion. Bukan itu saja, wanita zaman itu mula berjinak-jinak keluar rumah tanpa arah tujuan. Makanya, akhlak ntah kemana dan ikhtilat tidak terjaga. Diceritakan betapa powernya wanita zaman itu, pelacur-pelacur naik taraf. Bangga pula jadi pelacur. Perempuan-perempuan simpanan juga terlibat dalam  pemiilihan pembesar-pembesar dalam kerajaan Rom. Bila seluruh kerajaan tunduk pada nafsu, hancurlah seluruh kerajaan itu. Macam tak logik kan? Tapi benar itulah sejarah.

Saya bukanlah nak mengatakan yang kita ni merosakkan kaum. Itu bukan maksud saya. Saya hanya nak tekankan yang kita boleh buat perubahan besar. Betapa pentingnya kita dalam satu revolusi. Bukankah yang melahirkan manusia itu seorang wanita? Bukankah yang mendidik dan membentuk anak-anak kebanyakkannya seorang wanita? Bukankah yang menjadi tulang belakang kejayaan seorang suami itu juga seorang wanita? Lihatlah bagaimana Allah meletakkan peranan kita dibumi ini. Besar. Ramai pasti pernah dengar tentang Syed Qutb. Beliau muslim logam. Hebat! Tahukan kalian, ibu Syed Qutb juga seorang yang hebat? Cinta ibunya pada Al-Quran sungguh luar biasa. Begitu juga dengan kita. Kita impikan anak-anak menjadi khalifah. Generasi yang hebat. Tapi untuk itu, kita juga harus menjadi seorang yang mantap. Top-up ilmu, hafazan, bacaan fikrah, networking dan macam-macam lagi. Banyak kita kena kejar.

Peranan wanita sebagai isteri lagi lah besar. Maaflah, saya tak layak untuk cakap hal ini tapi hanya sedikit yang saya ingin kongsikan. Kita selalu impikan suami yang soleh, alim, berfikrah dan macam-macam lah. Tapi nak yang baik, kita kenalah baik juga kan? Pernah terfikir tak, bila seorang lelaki itu alim, akhlak bagus, banyak ilmu, dan resultnya pun bagus, bagaimana agaknya didikan dan pengorbanan yang ibu dia beri untuk  mencorakkan si lelaki ini? Pastinya hebat! Siapa pula yang akan meneruskan pengorbanan ibunya setelah si lelaki tadi berkahwin? Pastilah isterinya. Malah, isterinya itu haruslah seorang yang lebih hebat dari ibu si lelaki tadi untuk memastikan kejayaan suaminya berterusan. Didikan isteri mesti sama hebat atau lebih hebat. Gerun pula. Memang susah, sebab bukannya budak kecik lagi tapi Allah tahu hanya kita yang mampu buat. He will always give us The Best. Salah seorang wanita yang amat saya kagumi adalah isteri Rasulullah s.a.w; Siti Khadijah ra. Pengorbanan beliau sangatlah...... ^o^, saya post pasal beliau disini.

Eh, panjang lagi saya nak tulis ini, tapi insyaAllah nanti sambung lagi.

Wallahua'lam

siapa kita?

Tuesday, May 10, 2011

R.A.N.D.O.M

Salam alaik buat semua,

Alhamdulillah! Selesai sudah Spring 2011! Now it's Summertime! Rasanya macam baru minggu lepas tulis blog pasal nak start semester baru. Masa berlalu makin cepat dan semuanya mesti terasa. Tanda-tanda kiamat mungkin? Moga bertambah amal  dan iman kita semua demi syurga di sana. Ameen...

Dah 4 hari cuti. Seronok betul! Apa lagi qada'  tidur laa jawabnya. Sambil  menunggu naqibah-naqibah membuat plan untuk kami, saya pun mula lah menyusun masa dan aktiviti harian. Naurah paling suka summer! Dan yang paling best summer ni sebab balik malaysia!! Hoho.. tak sabar rasanya. Dah laa cuti almost 3 months. Tak sabar nak jumpa family tercinta.. Diorang mesti rindu gila kan? Haha. Confirm rasa pelik bila balik nanti. Yelah..Before fly, sorang je anak buah, now dah tiga. Then, tambah lagi members in the family. Kakak kahwin. Tapi best juga. Tinggallah Naurah bersama mama and babah. Yes!! Finally! Allah bagi kesempatan untuk  menebus kasih.  I'll try my best to be a solehah daughter ok? XD

Summer kat sini pun tak kurang hebatnya. Sunshine. Everyday. Plus tulips!!SubhanAllah. Cantik teramat view kat sini masa Summer. Tapi jangan dipandang orang-orang disini. Menyakitkan mata. Masa summer lah aurat makin galak didedahkan. Astaghfirullah..Kalau nak tengok orang-orang disini, paling redup pun waktu winter lah..berbungkus dari kepala sampai kaki.

Insya-Allah..Result Spring 2011 keluar hari ni. Tawakal. Sabr. Shukr. " Innaallah ma'a sobirin"

rabbit.HM.polka dots

spring-summer

tak tau lah bunga apa ni

Allah paling creative!combination color~

T.U.L.I.P.S

Tupai gemuk ketuk tingkap

my jersey!
R.A.N.D.O.M

wasalam..

Sunday, April 17, 2011

mahu jd seperti Khadijah!


Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.
Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi.
Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail hanya kepada orang yang layak dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah:
  1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
  2. Tidak terburu-buru dan panik.
  3. Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
  4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
  5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
  6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
  7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.
Menjejaki Jejak  Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan daripada kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita, iaitu Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Kedua wanita itu berdiri di belakang dakwah Islamiah, mendukung dan bekerja keras dalam menyampaikan Islam. Oleh disebabkan itu, Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Dia adalah Ummul Mukminin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Allah. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga. 
Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, walhal di hadapan kita ada wanita terbaik di dunia, Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mukminin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan pendiriannya serta membenarkannya. Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada Allah, dan membantu baginda serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga.
Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang  tidak ada kepayahan.

(Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")
Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang  suami dan nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta Khulafa' Rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat  pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung dakwah selepas itu. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah
yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama  seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu yang susah, membantunya dalam menyampaikan al-Quran, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)
Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?" Khadijah berkata, "Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah."Subhanallah... sungguh hebat perjuangan para sahabat baginda dan Ummul Mukminin untuk memperjuangankan  Islam. Adakah kita sanggup berkorban seperti mereka pada masa kini?Renung-renungkan...