Sunday, April 17, 2011

mahu jd seperti Khadijah!


Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.
Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi.
Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail hanya kepada orang yang layak dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah:
  1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
  2. Tidak terburu-buru dan panik.
  3. Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
  4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
  5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
  6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
  7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.
Menjejaki Jejak  Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan daripada kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita, iaitu Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Kedua wanita itu berdiri di belakang dakwah Islamiah, mendukung dan bekerja keras dalam menyampaikan Islam. Oleh disebabkan itu, Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Dia adalah Ummul Mukminin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Allah. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga. 
Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, walhal di hadapan kita ada wanita terbaik di dunia, Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mukminin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan pendiriannya serta membenarkannya. Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada Allah, dan membantu baginda serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga.
Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang  tidak ada kepayahan.

(Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")
Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang  suami dan nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta Khulafa' Rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat  pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung dakwah selepas itu. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah
yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama  seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu yang susah, membantunya dalam menyampaikan al-Quran, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)
Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?" Khadijah berkata, "Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah."Subhanallah... sungguh hebat perjuangan para sahabat baginda dan Ummul Mukminin untuk memperjuangankan  Islam. Adakah kita sanggup berkorban seperti mereka pada masa kini?Renung-renungkan...

Thursday, April 7, 2011

mudahnya wanita ke syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry ini memang khas untuk wanita-wanita diluar sana. Mahukah kalian mendengar tawaranku??(ala-ala Sufi plak).

"Kembalilah pada Allah dan 'divert'kan focusmu ke syurga. Sungguh kaum hawa  amat mudah masuk syurga."

Daripada Anas, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Apabila seorang perempuan mendirikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan, menjaga kehormatan dan patuh taat pada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukai"
(H.R Ahmad)

SubhanAllah!! Mana-mana pintu syurga??! Seriously? Mana-mana je? Dan syarat-syaratnya hanya 4 akhowatku sekalian..

1) Solat 5 waktu sehari.
Erm, 5 waktu sehari..Subuh, Zohor,Asar, Maghrib, Isyak. Ini solat fardhu nih. So, kalau tinggal memang     dosa besar lah kan? (kecuali cuti of course!). Hah.. insyaAllah boleh pass laa nih.
2) Puasa sebulan.
Sebulan? Lama juga tu. Tapi kaum hawa memang rajin puasa kan? Tak taulah kenapa. Kalau puasa 6 tu semangat je semua. Kalau Ramadhan tak dapat cuti, hah lepaslah syarat puasa sebulan kan? InsyaAllah!
3) Jaga kehormatan. 
Jika masih berakal waras, masih ada sekelumit iman, dan percaya adanya syurga neraka, insyaAllah terlepaslah dia dari perbuatan zina. Lower your gaze ladies!
4) Taat pada suami.
Erk, maaf. Tidak berpengalaman. Tak layak beri penjelasan. Tapi basically taatlah pada suami selagi si suami obey Allah dan Rasulullah s.a.w. InsyaAllah!

Nampak mudahkan? Jadi kenapa kita tak berlumba-lumba mendapatkan pintu-pintu syurga? Wanita memang mudah terpilih untuk masuk syurga namun wanita jugalah yang lebih ramai di dalam neraka.

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” 
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” 
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

  
Uuu..Sedihnya! Lebih ramai wanita masuk neraka! Neraka yang tak ada mata-mata air yang manis. Tak ada Tasnim, Salsabila mahupun Kauthar. Rasulullah dah kata masuk neraka, bukannya masuk syurga yang terbawah.

Tapi Allah Pencipta Maha Hebat! Dia ciptakan wanita ini berjiwa lembut berhati kaca. Seteguh manapun 'identiti' yang ditonjolkan, berlinangan juga airmata saat hati terluka . Sayu juga hati melihat anak-anak Palestine. Itu memang fitrah wanita. Jauh lebih mudah wanita beremosi berbanding lelaki. Jadi, jauh lebih mudah wanita menghayati taubat dan ibadah-ibadah mereka. Pernah saya katakan dalam entry yang lepas. 
kite nih kaum hawa spesel sgt..doa seorang wanita mudah dimakbulkn kerane sifat penyayangnye yg lebih.."
Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana.

Jom akhowat blast off ke syurga!
wallahua'lam

Friday, April 1, 2011

Those Who Desire Paradise - Bilal Assad


beautiful...mashaAllah!!!cant hold my tears anymore!!

I really want to meet Allah in JAnnaH!

O Allah, guide me ya Rabb guide me...