Wednesday, June 29, 2011

empat hari lagi...

"sungguh, usahamu memang beraneka macam."
[92:4]

Assalamualaikum semua,
Uuh..terlalu lama tak menulis..Sihatkah anda? Iman dan amal juga sihat? Alhamdulillah...Moga kita terus berlari mengejar syurga yang menanti di akhirat sana. :)

Lagi empat hari nak balik msia.. apakah perasaan anda?

Gembira
Gembira lah sebab nanti dapat jumpa family especially mama dengan babah!!Menghitung hari nak jumpa. Haa..itulah, bila semua orang dah sedia cari cinta manusia, kau pula baru terkocoh-kocoh mengejar kasih parents.Takpe.. buat yang terbaik!!! Plus, my sister akan melangsungkan perkahwinan.Tambah meriah laa rumah kecil tu nanti..=D

Celaru
Haa..bab celaru ni laa yang tak best. Memikirkan suasana dah balik nanti, mesti dihujani pelbagai soalan. Masa sekolah kat Johor dulu, macam-macam soalan ditanya.Ini pula tinggal kat negara orang.Tambah dengan perubahan diri nih lagi lah menimbulkan persoalan mereka. Spotlight akan terang benderang atas kepala. Setiap kesalahan diri pasti dicari. Woah, sabar naurah sabar. Innallaha ma'a sobirin! Kau ada Dia. Dia jaga kau..(Rabbi, jagalah aku please...) Celaru lagi kalau terserempak dengan orang-orang yang memang tak nak jumpa. Maaflah kalau saya angguk dr jauh je..

Takut
Kenapa takut? Sebab kat msia tak secure! Back to comfort-zone I guess. Takut lemas. Cuak tarbiyyah dzatiyah tak cukup kuat. Takut furqan tak cukup tajam nak bezakan hak dan batil. Cabaran bangun subuh pasti berulang. Kalau qiam apatah lagi. Bayangan-bayangan jahiliyyah pasti menghantui. Aiyook..tak tahu..habis lah kau! Tambah-tambah ada tv kt rumah tu. Mampu ke cik Naurah oi?

Jangan lemah!
Jangan takut!
Allah kan ada.
Dia boleh jaga kau.
Janji kau jaga hubungan dengan Dia.

Jahilliyah?
Lawan tetap lawan!
Langkah pertama tu yang kena kuat.
Lepas tu, Allah mesti tunjuk jalan.
Gambatte!

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt :)

    di malaysia sebenarnya medan sebenar. di overseas, semua benda terlalu ideal.

    selamat melangkah ke medan tapisan ukhti :)




    serius cakap, balik malaysia lebih rasa seronok sebab ada cabaran yang sangat banyak~
    and itu barulah tarbiyyah!

    selamat berjuang, jundullah :)

    ukhtikum fillah.

    ReplyDelete