Salam alaik buat semua,
Alhamdulillah sudah seminggu start class. Sini cuaca semakin baik tapi kadang-kadang hujan jugak. Mungkin rahmat dariNya :) Tak sabar rasenya nak tengok fireflies. Once, diorang keluar memang cantik sangat. SubhanAllah! Magical! Lagi tak sabar rasanya nak balik rumah. Dapat jumpa nenek! Rindu kat Atuk. Rindu Atuk sangat-sangat. Moga roh dan jasadnya tenteram dan di rahmatiNya. Amin...
Haa..apa pula cerita kalian? Moga sihat-sihat iman dan amal kita semua.:)
Entry kali ini sekali lagi ditujukan khas buat akhawatku di luar sana. Maaf lah, kalau blog ini memang banyak tekankan untuk wanita. Bukannya saya nak ajak wanita jadi feminist tapi saya cuma mahu 'kita' terlibat dalam kebangkitan Islam yang kita sangat yakin that one day Islam itu pasti bangkit semula. Memanglah jika kita lihat pada umur, macam tak sempat je nak tengok Islam gemilang kan? Tapi insyaAllah, anak-anak kita, cucu-cicit kita, dan generasi kita nanti yang menjadi khalifah dan menyaksikan kegemilangan itu. Bangga tak?Best kan? Ya, sejarah pasti berulang. Tapi bagaimana?
Percayalah, jatuh dan naiknya sesebuah tamadun itu bergantung juga pada ciri-ciri wanita negara itu sendiri. Kita ini walaupun difitrahkan lembut, tapi memainkan peranan besar dalam membentuk sesebuah ummah. Tahu tak kejatuhan Rom suatu ketika dahulu berpunca daripada bermulanya tabarruj yang dasyat di kalangan wanita. Wanita zaman tersebut, mula bersolek, mendedahkan aurat, dan berfashion. Bukan itu saja, wanita zaman itu mula berjinak-jinak keluar rumah tanpa arah tujuan. Makanya, akhlak ntah kemana dan ikhtilat tidak terjaga. Diceritakan betapa powernya wanita zaman itu, pelacur-pelacur naik taraf. Bangga pula jadi pelacur. Perempuan-perempuan simpanan juga terlibat dalam pemiilihan pembesar-pembesar dalam kerajaan Rom. Bila seluruh kerajaan tunduk pada nafsu, hancurlah seluruh kerajaan itu. Macam tak logik kan? Tapi benar itulah sejarah.
Saya bukanlah nak mengatakan yang kita ni merosakkan kaum. Itu bukan maksud saya. Saya hanya nak tekankan yang kita boleh buat perubahan besar. Betapa pentingnya kita dalam satu revolusi. Bukankah yang melahirkan manusia itu seorang wanita? Bukankah yang mendidik dan membentuk anak-anak kebanyakkannya seorang wanita? Bukankah yang menjadi tulang belakang kejayaan seorang suami itu juga seorang wanita? Lihatlah bagaimana Allah meletakkan peranan kita dibumi ini. Besar. Ramai pasti pernah dengar tentang Syed Qutb. Beliau muslim logam. Hebat! Tahukan kalian, ibu Syed Qutb juga seorang yang hebat? Cinta ibunya pada Al-Quran sungguh luar biasa. Begitu juga dengan kita. Kita impikan anak-anak menjadi khalifah. Generasi yang hebat. Tapi untuk itu, kita juga harus menjadi seorang yang mantap. Top-up ilmu, hafazan, bacaan fikrah, networking dan macam-macam lagi. Banyak kita kena kejar.
Peranan wanita sebagai isteri lagi lah besar. Maaflah, saya tak layak untuk cakap hal ini tapi hanya sedikit yang saya ingin kongsikan. Kita selalu impikan suami yang soleh, alim, berfikrah dan macam-macam lah. Tapi nak yang baik, kita kenalah baik juga kan? Pernah terfikir tak, bila seorang lelaki itu alim, akhlak bagus, banyak ilmu, dan resultnya pun bagus, bagaimana agaknya didikan dan pengorbanan yang ibu dia beri untuk mencorakkan si lelaki ini? Pastinya hebat! Siapa pula yang akan meneruskan pengorbanan ibunya setelah si lelaki tadi berkahwin? Pastilah isterinya. Malah, isterinya itu haruslah seorang yang lebih hebat dari ibu si lelaki tadi untuk memastikan kejayaan suaminya berterusan. Didikan isteri mesti sama hebat atau lebih hebat. Gerun pula. Memang susah, sebab bukannya budak kecik lagi tapi Allah tahu hanya kita yang mampu buat. He will always give us The Best. Salah seorang wanita yang amat saya kagumi adalah isteri Rasulullah s.a.w; Siti Khadijah ra. Pengorbanan beliau sangatlah...... ^o^, saya post pasal beliau disini.
Eh, panjang lagi saya nak tulis ini, tapi insyaAllah nanti sambung lagi.
Wallahua'lam
"Behind every great man is a woman"
ReplyDelete"the one who rocks the cradle with her right hand rocks the world with her left"
source : the ideal muslimah (dr muhammad ali al hashimi)
suka la post ni, seha! :)
jommmmmmmmmmmmm jadi seperti khadijah :)
betul tu!! insyaAllah.. ade mase seha sambung..
ReplyDeletewanita besi siti khadijah!!jommmm =D