Thursday, August 18, 2011

biah solehah

Assalamualaikum.
Nampaknya tak konsisten naurah menulis blog. Ini pun baru kali ke-2 sejak balik malaysia. Apa nak jadi nih? Tak apalah, yang penting menulis kerana ingin lebih dekat denganMu dan moga ianya juga berfaedah untuk kalian.
Sejak duduk dirumah macam anak tunggal dan baby sitter, kehidupan sebijik macam after spm. Ingatkan mudah untuk beramal di rumah sendiri rupanya lagi senang di negara orang. Dan benda yang sama Allah uji bila duduk rumah iaitu kesabaran. Ni baru 2 bulan diuiji. Rasulullah saw dahulu bertahun-tahun Allah uji kesabaran baginda. Setiap khemah yang di jengah pasti menghamburkan berpuluh tomahan. Abu Bakr sendiri tak tahan melihat Rasul Allah dikeji dan dihina depan-depan. Pergh..Kalau nak dibandingkan dengan ujian kesabaran 2 bulan ni, apa lah sangat naurah oi. Tapi kan, sepanjang berada di rumah yang selesa lagi indah ini, satu benda yang paling dirindui---> biah solehah di east lansing.
Biah solehah bermaksud persekitaran yang baik atau suasana yang solehah. Bagi naurah, biah solehah amat penting bagi pertumbuhan iman dan peningkatan amal seseorang. Yelah, mana taknya, solat berjemaah, mengaji bersama, tolong menolong, masak bersama, gelak tawa bersama dan yang paling best adalah teguran-teguran yang membina dari orang sekeliling. Dengan biah solehah, seseorang boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik. Sebab memang sunnah Allah, manusia boleh dipengaruhi oleh persekitaran kan? Cuba bayangkan kalau semua (or most of ) ahli rumah kita suka tengok korean drama.. tak peliklah kalau kita pun ikut tonton bersama. Banyak lagi contoh-contoh lain yang mengatakan manusia ini cepat terpengaruh dengan persekitaran. Kalau tak, tak kan laa kat sekolah ada badan pembimbing rakan sebaya (PRS), kan?
Jadi, kalau nak jadi baik atau ramai kata nak jadi daie, hiduplah dah suasana yang solehah. Tapi macam mana kalau persekitaran membantutkan iman? Haa..hidupkanlah persekitaran itu. Mula dengan mengajak mereka di sekeliling untuk solat berjemaah. Ganjaran pahala berlipat ganda tau. Pahala instant! Mungkin susah untuk sesetengah orang tapi kita buat ni untuk diri sendiri. Penting untuk diri kita untuk hidup dalam persekitaran yang baik. Penting untuk iman kita untuk tinggal dengan suasana yang solehah. Jadi hidupkan sekeliling tu kalau belum wujud biah solehahnya. Nak masuk syurga tak? Hehe.. Kita perlu ingat, yang kita ni tak seteguh para sahabat terdahulu. Dicampak mana pun kental imannya. Di ceruk mana pun dibumi, mereka ini pasti hidup. Jadi amatlah penting untuk kita hidup dalam biah solehah selama mana kita persiapkan diri untuk jadi seperti para sahabat. Okehnyeh?
Ini adalah peringatan untuk diri dan moga ianya bermanfaat juga untuk anda. XD

Waallahualam.