Dan KITA?
Bila pula masanya untuk kita bergerak? Nak tunggu 100 tahun lagi sampai mujaddid muncul? Fuhh..memang tak sempat laa kan. Dan bila kita dah semangat-semangat utk bergerak, berkumpulah bersama orang-orang kita. Jangan bergerak berseorangan. Dunia ini luas, cabaran pun terlalulah banyak. Kan kerja berjemaah itu lebih mudah dan meringankan? Yes, memang ada juga perselisihan dalam jemaah (which is normal), tapi at least ada orang-orang sekeliling yang sedia membantu. Sama macam solat jemaah lah. Kalau imam tersalah baca, makmum dapat betulkan. =)
Dan sekarang, bila sudah bergerak dalam satu kumpulan, emosi diri kita, tolak tepi! Kita buang jauh-jauh. Buat sakit iman kita dan iman orang lain je, kan? Yang dulu benci, sekarang kena sayang..demi Allah dan agamaNya. Kalau syg itu mengambil masa, berlapang dada saja lah. "Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada". Even tho, emosi kita tolak tepi, tapi isi hati baik diuraikan. Diucap dengan kata-kata dan nada suara yang tidak menikam mana-mana pihak. Itu lebih baik daripada simpan dan kumpul dalam hati sampaikan di hidu ahli kumpulan sendiri. Mula lah bersangka-sangka dan timbul 'awkward moments' dalam ukhwah. Pudar terus nanti semangat itu .Dan saat itu, komander2, sarjan2, dan askar2 iblis mula menguntum senyuman puas. "Lihatlah anak-anak Adam ini sudah punya penyakit hati" Astaghfirullah! Ini sangat-sangat membantutkan jalan kerja. If jalan kerja tak smooth mana kan mungkin kita mampu melangkah jauh.
Segalanya kembali pada niat.Nawaitu yang bersih! Untuk apa kita bergerak pada mulanya tadi? Pangkat? Glamor? atau Ukhwah?.Memang tak salah jika mahu niat begitu tapi tune-kan sikit. Bergerak kerana mahu jadi bidadari syurga, kerana mahu dikenali oleh ahli-ahli syurga, kerana mahu bersaudara di taman syurga nanti. Jadi. mari sama-sama luruskan niat! Supaya dapat istana syurga yang diimpikan.
Ya Rabbuna yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di jalan-Mu.
pic from google |