Salam alaik,
Baik-baik saja kah kalian? Ana bi khair alhamdulillah. :) Moga piala hati kita penuh berzikir dengan nama Allah yang Maha Pemurah. Sungguh,
" iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd:28]
Winter break--cuti 3 minggu. Ada g muktamar LV, g jalan-jalan pun ada, stay campus je pun ada kan? Naurah n saladins pula g menuntut di Indiana.
<3 Tapi tinggal lagi 4 hari nak start class balik. T_T
(rse mcm kne balik asrama je) Walaupun snow tak turun dengan lebatnya, suhu luar mencecah -4c. Amatlah sejuk ok? Bermujahadahlah ke class nanti. InsyaAllah taman syurga Allah tadahkan. :)
|
dorayaki! |
Spring Sem 2012.
Dah ada plan? Belum? Ish..stop reading and go planning now.
"Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal" Kita kena plan cantik-cantik, kemas dan tersusun. Sebab bukan kita je yang akan sibuk, musuh pun sibuk planning nak jatuhkan kita. Ingat, seorang daie sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh (syaitan). But everything goes back to our Lord. Kalau satu benda terjadi yang tidak mengikut plan kita, tak mengapa. Inilah masanya untuk kita gunakan konsep 'redha&tawakkal' yang kita dok cakap kat orang. Allah tak bagi ilmu semata, ada masanya Dia kasi practical juga..hehe. Macam examlah, tengok kita paham ke tak konsep tu. Dan percayalah, perancangan Allah yang terrrrrbaik.
So, apa plan naurah? Tersangatlah banyak. Takut pula tak mampu nak buat. Gila juga sem depan ni. 16 credit hours: 2 class writing, yang lain class menghafal. Alhamdulillah tak ada lab. >,< Assignment dzatiyah: 3 buku nak kena baca. DnT: jengjengjeng XD. Financial: saving for next winter! Ini plan naurah secara surface je lah. Sempat ke tidak nak berblogging next sem. Ntah..Mungkin terbengkalai. Ada juga terasa nak delete blog ni. tapi ini lah yang ku pertaruhkan untuk menabung. Moga ia ada manfaat buat di luar sana. InsyaAllah..
Yang paling dirisaukan bila sibuk-sibuk begini ialah hati kering, jadi robot dakwah. Robot dakwah ialah robot yang diprogramkan dengan kerja-kerja dakwah. Haa tak tau lah nak explain macam mana lagi.
(failed). Erm..cuba kita tengok. Ok sekarang kita dah ada planning yang tersusun rapi. Planning semua dijadualkan dan diprogramkan. Dan kita hanya perlu follow the schedule. Macam robot kan? Robot kan, dia buat je kerja tanpa banyak soalan. Dia buat je kerja ikut apa yang dah diprogramkan. Dia buat je kerja tanpa emosi. Belum pernah dicipta satu robot yang mempunyai seketul hati. Dan kita tidak mahu jadi ROBOT! Kita punya hati.
Hati yang kering ibarat gelas kaca yang pecah. Diisi air beribu kali, masih belum dapat minum. Diisi amal dalam hati, tidak juga basah hati itu. Maka, mohonlah hati yang baru pada Allah. Hati baru tu macam mana rasanya ek? Ntahlah..masing-masing punya rasa yang berlainan. Hanya yang merasa saja yang tahu. Nak tahu kenalah mohon padaNya. hehe..Bila dah dapat hati baru, isikan dengan ramadhan..Kenapa ramadhan? Haa cuba bandingkan amal manusia dari bulan ke bulan. Masa ramadhan ramai yang buat baikkan ..
(even ada jugak yang g mencuri..isk3) Kire ramadhan tu amal memang paling optimumlah kan? Rindunya!! Cuba ingat-ingat balik condition hati masa ramadhan? Hati bagai digilap-gilap sampai bersinar. Roh amat kekenyangan dengan amal-amal yang mendekatkan pada penciptaNya. Apa kita buat masa tu?
-Read quran everyday for tarbiyyah diri.
-Sentiasa jaga hubungan sesama manusia. Minta maaf selalu kat kawan-kawan.
-Berusaha macam-macam untuk buang jahiliyyah diri. Mula kurangkan merokok. Bertatih memakai tudung. Try to stop tengok cerita-cerita tak bermanfaat.
Ingat ke tak ni? Haa..macam inilah yang kita mahukan next sem nanti. Walaupun busy, tapi hati tak kering. Roh kenyang. Tak jadi robot. Still ikut perancangan yang kita buat tapi dengan hati. Dengan niat kerna Allah. Dengan tujuan ingin mendapat keredhaanNya. ^_^ Bittaufiq wannajah pada semua! Mulakan sem baru dengan semangat jihad ahli Badar..ayuh, melangkah kita..Bismillahirrahmanirrahim..
" Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." [Ar-Rum:69]
|
macaroons 1st trial T_T |
wallahualam..