Tuesday, January 24, 2012

serabotness..

Alhamdulillah, dah 2 minggu start class. Ternyata 17 credit hours bukan satu benda yang boleh dipandang ringan. Ternyata ianya bukan mudah!! Dicabar oleh masa yang nilainya hanya 24 jam sehari. Payah!! Atau adakah aku seorang hambaNya yang tidak tahu bersyukur? Ampuni aku ya Rabb. Tapi satu nasihat dari sahabat aku hadam dalam-dalam;
"jangan begini, kuatkan semangat. buat one by one, dear"
ayat sesimple itu..jadi tenang hati ini. Kerja yang berlambak jadi ringan di mata. So, untuk meringankan lagi otak dan hati, aku listkan segalanya dalam satu kertas putih:

masalah diri?
masalah hati? 
masalah masa?
masalah environment?
masalah duit?
masalah pointer?

Uish banyak juga rupanya..Nak kena cari penyelesaian for each problem? Perlukan masa lagi...T__T Tapi ada satu solution mudah yang mampu aku buat sekarang. Genggam kertas tu kuat-kuat. Pergi kat stove dapur, pasang api, dan bakar semua masalah tu dalam sinki! Done!! 

...
p/s: pembakaran kertas hanyalah satu metaphora. Cintailah bumi, elaklah pencemaran! ^_^

Thursday, January 12, 2012


" Bagaimana pendapatmu bila para pelaku tarbiyyah 41 persennya ternyata mandul, tidak mau dan tak mampu mewariskan ilmu, tidak punya kader binaan,tak memiliki majelis ta'lim atau bahkan hanya menjadi beban sesama kawan.?"- Solikhin abu 'izzuddin

Pang!! ketuk kepala tu laju-laju, naurah!

Wednesday, January 4, 2012

kebun ramadhan dalam hati..

Salam alaik,
Baik-baik saja kah kalian? Ana bi khair alhamdulillah. :) Moga piala hati kita penuh berzikir dengan nama Allah yang Maha Pemurah. Sungguh,
" iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd:28]
Winter break--cuti 3 minggu. Ada g muktamar LV, g jalan-jalan pun ada, stay campus je pun ada kan? Naurah n saladins pula g menuntut di Indiana. <3 Tapi tinggal lagi 4 hari nak start class balik. T_T (rse mcm kne balik asrama je) Walaupun snow tak turun dengan lebatnya, suhu luar mencecah -4c. Amatlah sejuk ok? Bermujahadahlah ke class nanti. InsyaAllah taman syurga Allah tadahkan. :)

dorayaki!
Spring Sem 2012.
Dah ada plan? Belum? Ish..stop reading and go planning now. "Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal" Kita kena plan cantik-cantik, kemas dan tersusun. Sebab bukan kita je yang akan sibuk, musuh pun sibuk planning nak jatuhkan kita. Ingat, seorang daie sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh (syaitan). But everything goes back to our Lord. Kalau satu benda terjadi yang tidak mengikut plan kita, tak mengapa. Inilah masanya untuk kita gunakan konsep 'redha&tawakkal' yang kita dok cakap kat orang. Allah tak bagi ilmu semata, ada masanya Dia kasi practical juga..hehe. Macam examlah, tengok kita paham ke tak konsep tu. Dan percayalah, perancangan Allah yang terrrrrbaik.

So, apa plan naurah? Tersangatlah banyak. Takut pula tak mampu nak buat. Gila juga sem depan ni. 16 credit hours: 2 class writing, yang lain class menghafal. Alhamdulillah tak ada lab. >,< Assignment dzatiyah: 3 buku nak kena baca. DnT: jengjengjeng XD. Financial: saving for next winter! Ini plan naurah secara surface je lah. Sempat ke tidak nak berblogging next sem. Ntah..Mungkin terbengkalai. Ada juga terasa nak delete blog ni. tapi ini lah yang ku pertaruhkan untuk menabung. Moga ia ada manfaat buat di luar sana. InsyaAllah..

Yang paling dirisaukan bila sibuk-sibuk begini ialah hati kering, jadi robot dakwah. Robot dakwah ialah robot yang diprogramkan dengan kerja-kerja dakwah. Haa tak tau lah nak explain macam mana lagi.(failed). Erm..cuba kita tengok. Ok sekarang kita dah ada planning yang tersusun rapi. Planning semua dijadualkan dan diprogramkan. Dan kita hanya perlu follow the schedule. Macam robot kan? Robot kan, dia buat je kerja tanpa banyak soalan. Dia buat je kerja ikut apa yang dah diprogramkan. Dia buat je kerja tanpa emosi. Belum pernah dicipta satu robot yang mempunyai seketul hati. Dan kita tidak mahu jadi ROBOT! Kita punya hati.

Hati yang kering ibarat gelas kaca yang pecah. Diisi air beribu kali, masih belum dapat minum. Diisi amal dalam hati, tidak juga basah hati itu. Maka, mohonlah hati yang baru pada Allah. Hati baru tu macam mana rasanya ek? Ntahlah..masing-masing punya rasa yang berlainan. Hanya yang merasa saja yang tahu. Nak tahu kenalah mohon padaNya. hehe..Bila dah dapat hati baru, isikan dengan ramadhan..Kenapa ramadhan? Haa cuba bandingkan amal manusia dari bulan ke bulan. Masa ramadhan ramai yang buat baikkan ..(even ada jugak yang g mencuri..isk3) Kire ramadhan tu amal memang paling optimumlah kan? Rindunya!! Cuba ingat-ingat balik condition hati masa ramadhan? Hati bagai digilap-gilap sampai bersinar. Roh amat kekenyangan dengan amal-amal yang mendekatkan pada penciptaNya. Apa kita buat masa tu?

-Read quran everyday for tarbiyyah diri. 
-Sentiasa jaga hubungan sesama manusia. Minta maaf selalu kat kawan-kawan. 
-Berusaha macam-macam untuk buang jahiliyyah diri. Mula kurangkan merokok. Bertatih memakai tudung. Try to stop tengok cerita-cerita tak bermanfaat. 

Ingat ke tak ni? Haa..macam inilah yang kita mahukan next sem nanti. Walaupun busy, tapi hati tak kering. Roh kenyang. Tak jadi robot. Still ikut perancangan yang kita buat tapi dengan hati. Dengan niat kerna Allah. Dengan tujuan ingin mendapat keredhaanNya. ^_^ Bittaufiq wannajah pada semua! Mulakan sem baru dengan semangat jihad ahli Badar..ayuh, melangkah kita..Bismillahirrahmanirrahim..

" Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka  jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." [Ar-Rum:69]

macaroons 1st trial T_T 

wallahualam..

Sunday, December 11, 2011

DenganMu aku tenang


bittaufiq wannajah fil imtihan, everyone! ;)

Thursday, December 1, 2011


biarkan aku bertatih..asalkan sampai padaMu..

Sunday, November 13, 2011

Risau apa orang kata?

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. My life's getting better and better. It's almost at the end of fall semester! IFR sisters pun dah lama habis and now bertungkus-lumus for Tamrin 2011. Jalan ini tak pernah senyap eh dengan kerja-kerja technical. Kerja hati apatah lagi kan. May Allah be pleased with our actions and grant us a wonderful palace with a beautiful garden in Jannah. Aminn..>,<"
Sy baru terbaca dan 'like' status seorang sahabat di facebook. Memang supelike and maybe ramai pun tahu.

"Seorang muslimah yang tidak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong,
Seorang muslimah yang tidak berpunya teman lelaki janganlah kau kata dia tak laku,
Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip auratnya janganlah kau kata dia kolot,
Seorang muslimah yang tak memandang kau tika bersemuka janganlah kau merasa sangat handsome sampai dia takut untuk memandang," (Quote)

Best tak? Haha..Bukan senang nak jadi muslimah. Orang dok mengata kita dari bab tudung sampai bab stoking. Buat orang low-confidence je. Bab nikah macam juga. Kalau tiru gaya Khadijah r.a, mesti orang lain cop gatal. Takde lah yang baik sikit nak cakap kan. Lately ni, one of my bestfriends dah mula berjinak-jinak mahu berniqab. Mashaallah!  Ada juga yang dah mula bertudung labuh. Subhanallah. Ada juga yang sudah mahu join usrah. Tapi semua dok risau apa orang kata. Dok risau parents, makciks, pakciks, cousins kata apa. Kesian kawan tu. Mahu berhijrah yang lebih baik tapi diruntuhkan semangatnya. 

Awak, manusia tak kan pernah berhenti bercakap. Buatlah baik mana or jahat mana sekali pun. they will still talk about us. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Ape ke peribahasa melayu pasal mulut tempayan tu. " Mulut tempayan boleh tutup, mulut orang macam mane nak tutup" Eh, macam pelik je, tapi lebih kurang laa kan. Jadi, awak mesti kuat, tekad. Hiraukan apa orang nak kata. Yang penting apa Allah kata. Yang penting awak happy. Kalau mahu berniqab, go for it! Kalau mahu bertudung labuh, teruskan! Kalau mahu bernikah gaya Khadijah ra, be confident! Ini semua kebaikan. La Taqlaqi!!(dont worry!!) Go Go Go....

Nah,  hadiah buat awak :
" Perhatikanlah, bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpamaan tentang engkau, maka sesatlah mereka, mereka tidak sanggup mendapatkan jalan." 
[25:9]

For me, this ayah is a little bit harsh but truly, it makes me happy! Allah macam backup and support kita kan? Oh yeah..So, jom jom jom berusaha menjadi muslimah sejati. Biar bidadari-bidadari kat syurga jealous. Hehe..Tak usah pikir-pikir apa orang lain kata. =]

May Allah be with us.

Btw, I discovered something about myself.(after all these years..=.=''). I have to read! Novels or books. Sebab ini buat saya 'tak lemau'. Hoho..So, after Quartet,  sy dah bace buku ini.

great courage!


illa liqa', insyaallah XD