Thursday, October 20, 2011

20102011

Salamualaikum, saya tau nih bukan masanya untuk menulis blog sebab esok ada exam (killer subject!). Tapi hari nih 20102011, jadi...

 Happy birthday, babah!



abaikan tarzan tapi this song is for you. =)
sorry lambat wish. (tunggu date us..haha)

I really miss you. I really do. I was a bit upset when u didn't tell me that u're going to get a surgery.(u told me once tapi tak sangka secepat ini..) But, I understand. Mesti tak nak bagitau sebab takut ha risau ke apa kan? Hoho..I love you so much.

Saturday, October 15, 2011

miss them a lot.. :'(

Alhamdulillah, almost separuh sem bertungkus-lumus mengejar pointer! Apa rasa apa rasa? 
Penat! T_T
Bila badan dah penat belajar, rasa lembik, luka-luka, lebam-lebam, memang focus terbang ke rumahlaa jawabnye..terus teringat tempoh 2 bulan menjadi baby-sitter (plus anak tunggal.xp). Pun penat jugak dulu tapi....diorang waayy adorable than Physic!!
Oh rindu rumah!

Emir
mujahid soleh, aminn :)
 
Umar ibn Aziz..
insyaallah..:)
Aisyah
jd solehah ok? :) 

Rindu mereka!
Moga mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah. 
(Jgn besar cepat sangat..tunggu chu ha balik!)
Nak buat macam mana ni? 
Badan sakit letih, hati rindu rumah pulak..

Oh yeahhh, layan lagu ni ~


Semangat tak dengar lagu ni? Hahaha..membakar semangat kot!!
Thank you Allah sebab kasi this song through Si Peminat Ikan Paus! 
Semangat naurah come on!
Niat macam semut, laron dan ikan..hehe
taman syurga 
taman syurga 
taman syurga 
taman syurga
>,<''

Friday, October 7, 2011

Assalamualaikum! Sungguh bersemangat nak tulis blog hari ni. Dari semalam menunggu hari jumaat. Sebab hari jumaat kan dah abis kelas, exam, sume tu. Macam tak appropriate la kan kalau tulis blog semalam tapi hari ni exam. Kang dapat result exam ntah pape.. baru nak menyesal. Langsung lupa konsep tawakkal dan redha.
tetamu yg kelaparan ;)
Alhamdulillah sampai hari ni Allah beri kita nikmat. Cuaca kat Michigan sekarang ni sangatlah istimewa. Daun-daun hijau mulai berubah warna keemasan. Mudah benar daun-daun ni gugur..pantang ditiup angin. Habis penuh daun kat depan rumah. Tapi subhanallah cantiknya mengalahkan scenery 'Autumn in my heart'. Hati yang gundah pun boleh jadi tenang. Kalian kena experience sendiri lah! =)

by naqaz90
Selesai juga menghabiskan novel 'Quartet' by Saidatul Saffaa. Janji nak start baca after abis semester ni..hermm..tak menyempat! Dah abis pun baca. Memang best!Walaupun orang kata ni novel cinta, tapi saya kategorikan novel ini sebagai buku motivasi. Haha. Diceritakan bagaimana transformasi seorang wanita yang tidak berhijab itu menjadi seorang muslimah solehah.Diselitkan juga soal fitrah wanita yang mahukan sesuatu yang pasti. Terlalu banyak pengajaran dan peringatan buat kaum hawa yang berusaha menjadi bidadari syurga. Dah saya tak nak comment panjang. Baca sendirilah baru best. Memang saya recommend lah novel ni buat akhowat diluar sana. (kalau minat membaca lah..hehe) Buat Saladin, antunna ambil giliran lah pinjam buku ni ya...hahaha


Inilah jadinya bila dah lama tak menulis. Ceritanya tak bermotif. Tak pelah. Cukup setakat ini.

Tuesday, October 4, 2011

Saturday, September 24, 2011

kumpulan KITA

Jalan dakwah memang tak pernah mudah. Halangan dan dugaan bermacam rupa dan rasa. Bukan sahaja makin ramai orang yang menentang cara kehidupan kita bahkan iblis juga mula menghantar komander-komandernya untuk menghasut dan menjatuhkan semangat kita. Pantang ada peluang perselisihan, cepat saja virus-virus ukhwah mereka sebarkan. Tak kesah lah perselisihan pendapat ke, emosi ke, atau knowledge. Ada aje kesempatan untuk mereka bergerak!

Dan KITA?

Bila pula masanya untuk kita bergerak? Nak tunggu 100 tahun lagi sampai mujaddid muncul? Fuhh..memang tak sempat laa kan. Dan bila kita dah semangat-semangat utk bergerak, berkumpulah bersama orang-orang kita. Jangan bergerak berseorangan. Dunia ini luas, cabaran pun terlalulah banyak. Kan kerja berjemaah itu lebih mudah dan meringankan? Yes, memang ada juga perselisihan dalam jemaah (which is normal), tapi at least ada orang-orang sekeliling yang sedia membantu. Sama macam solat jemaah lah. Kalau imam tersalah baca, makmum dapat betulkan. =)

Dan sekarang, bila sudah bergerak dalam satu kumpulan, emosi diri kita, tolak tepi! Kita buang jauh-jauh. Buat sakit iman kita dan iman orang lain je, kan? Yang dulu benci, sekarang kena sayang..demi Allah dan agamaNya. Kalau syg itu mengambil masa, berlapang dada saja lah. "Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada". Even tho, emosi kita tolak tepi, tapi isi hati baik diuraikan. Diucap dengan kata-kata dan nada suara yang tidak menikam mana-mana pihak. Itu lebih baik daripada simpan dan kumpul dalam hati sampaikan di hidu ahli kumpulan sendiri. Mula lah bersangka-sangka dan timbul 'awkward moments' dalam ukhwah. Pudar terus nanti semangat itu .Dan saat itu, komander2, sarjan2, dan askar2 iblis mula menguntum senyuman puas. "Lihatlah anak-anak Adam ini sudah punya penyakit hati" Astaghfirullah! Ini sangat-sangat membantutkan jalan kerja. If jalan kerja tak smooth mana kan mungkin kita mampu melangkah jauh.

Segalanya kembali pada niat.Nawaitu yang bersih! Untuk apa kita bergerak pada mulanya tadi? Pangkat? Glamor? atau Ukhwah?.Memang tak salah jika mahu niat begitu tapi tune-kan sikit. Bergerak kerana mahu jadi bidadari syurga, kerana mahu dikenali oleh ahli-ahli syurga, kerana mahu bersaudara di taman syurga nanti. Jadi. mari sama-sama luruskan niat! Supaya dapat istana syurga yang diimpikan.
Ya Rabbuna yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di jalan-Mu.

pic from google