Wednesday, November 17, 2010

makanan jd darah daging..halal or haram?

Salam alaik,
Seperti yg setiap muslim tahu, kita diharamkan untuk makan/minum 3 perkara:
1) Arak/ alcohol
2) Khinzir/ Pork
3) binatang yang x disembelih dgn nama Allah dan cara yg telah diajarkan dlm Islam.

Tapi,majority muslims mungkin terlepas pandang ttg sesetgh food products yg mengandungi " hidden ingredients". Di bawah adalah senarai brand yg TIDAK HALAL yg slalu kita jumpe dkat supermarket (US only). 

NOT HALAL
BREAD
  •  SARA LEE (All Bread)
  • EARTHGRAIN(All Bread)
  • IRON KID (All Bread)
  • RAINBOW (All Bread)
  • WONDER (Whole Grain White w/o KIDS w/o symbol)
SOFT DRINKS
  • COCA-COLA VANILLA
  • DR PEPPER/7UP (diet rite zero, dr. pepper & diet, diet rite red raspberry..etc)
  • STARBUCK (vanilla frappuccino coffee)
  • LIPTON (green tea with mixed berry, sparkling green tea, diet green tea with citrus)
SNACKS
  • GOLDFISH (All FLavors)
  • DORITOS ( except toasted corn tortilla chips)
  • CHEETOS
  • LAY'S (cheddar & sour cream, flamin hot, hot& spicy, limon tang lime)
JUICES
( gelatin is used to remove cloudiness)
  • JUICY JUICE (All juices)
  • OCEAN SPRAY 
  • CAMPBELL ( All V8 Splash Juices)
  • CAPRI SUN ( All juices)
  • GATORADE ( All)
  • WELCH 
  • HAWAIIAN PUNCH (pink lemonade)
  • TAMPICO (All)
  • SUNNY D (All)
FAST FOOD
  • MC DONALD's ( fries, filet sandwich, mayonnaise, apple dippers)
  • BURGER KING (only fries HALAL,  Big fish di goreng dlm fryer dan minyak yg same utk goreng pork patties)
  • DOMINO PIZZA (cheese pizza)
byk lagi sebenarnya, shampoo, toothpaste dan brg2 harian yg laen..mmg banyak sgt yg x boleh kita makan/minum/guna kat US nih.

berkenaan dgn SUBWAY, mmg halal utk mkn tuna atau seafood as main ingredient, tp dressing dan cheese spt honey mustard dan cheddar byk yg shubhah..kita bole mintak org Subway tuh tuka glove, tp kalo kita prasan pisau yg digunakan pada process terakhir(after letak sme bhn & before wrap roti subway) adalah pisau yg same digunakan untk semua customer..

sekarang sedikit sebyk terjawablah soklan2 seperti :  nape susah nk blaja? kenape malas?nape susah nk hafal Quran? nape doa x termakbul? etc...sy rse penting bg setiap muslim  di US ade buku ini...buku ini sgt detail!^_^
                                                                           rujukan padat!


"O mankind, eat from whatever is on earth [that is] lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy"[2:168]

wallahualam~

p/s: x pelah susah2 kt dunie..Allah janjikan syurga bg org yg paham tentang ad-deenNya.:]

Monday, November 15, 2010

Saturday, November 13, 2010

ini

tahukah kamu syg itu Allah yg kasi?
tahukah kamu kenape aku begini?
tahukah kamu umar tidak selembut abu bakar?
tahukah kamu aku masih belajar?
siapa aku menilai kamu? wakil tuhan??
tidak.tidak.tidak.
dunie ini sdg menjerit.
apakah kamu masih mengambil berat tentng perasaan?
sdgkan islam itu berdarah parah..
kamu msih mengambil berat ttg,
hati terluka dgn kebenaran??
jgn takut dgn kebenaran..
aku ingin terus maju..
byk sgt jahiliyyah dlm diri
aku ingin perbaiki diri..
jgn kau tarik aku kembali.

Friday, November 12, 2010

Thursday, November 11, 2010

kerana aku wanita

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


iluvislam


dr:sini

Wednesday, November 10, 2010

you're the best!

masih terngiang2 di telinge ku..
ketika itu aku berusie 13 tahun..
" Ha je lah anak mama yg mama x dpt tgk membesar.."
sayu mendgr suaramu ketika itu,
maafkan aku mama,
kerna hidup sebumbung dgnmu hanye 12 tahun..
maafkan aku mama,
kini aku hidup jauh lg di negare org

dari kecil..ku sangka kau slalu abaikan aku
rupanya kau tahu aku seorg explorer
kau lepaskan aku 
sbb itu yg terbaik buat aku 
walaupun aku slalu kau marahi,
walaupun aku penah kau tangankan,
tp itulah tanda sygmu bukan?
dibibir kau kata "jangan!!"
tp risau dihati mu Allah saja yg tahu.

maafkan aku mama,
tiada kain batik atau perfume
yg dpt ku berikan sebagai hadiah.
maafkan aku mama,
hanya doaku dan coretan hati nih
yg menjadi hadiah hari jadimu
barakallahu fikk mama!
knape kau yang terpilih menjadi mamaku?
sbb Allah tahu kau yg terbaik untukku.
^_^  luv u




Friday, November 5, 2010

bunge berwajah senyum

alhamdulillah ala kulli hal!!


1) Allah turunkan snow hari nih!


2) Allah legakan hati aku!


3) Allah permudahkan urusanku!


4) Allah x sempitkan otak aku!


5) Allah menguji aku!


6) Allah tunjuk perang Badar belum selesai!


7) Allah beri semangat nk improve char kuey teow!


byk sgt benda yg Allah kasi satu hari nih..sgt banyak2!!...tanda cintaNya mungkin?weeee....


p/s: kuatkan iman, tingkatkan amal, bersihkan hati, jauhi zina.Semoge Allah beri semangat spt pejuang2 Badar!

Thursday, November 4, 2010

aku cuma an-Nisaa

Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
-penulis buta-