Thursday, February 24, 2011

Janji-Ku

Kamu akan Kuduga!

Itu janjiKu

Kamu  akan ditimpa musibah!

Itu juga janjiKu

Kamu juga akan Kuberi pelbagai ujian!

Itulah janjiKu

Kemudian,

Akan Kuberikan kemudahan

Yang mana ia terbaik buatmu

Itu janjiKu

Hati yang lemah akan Kutiupkan semangat

Sama seperti pejuang Badar terdahulu

Itu juga janjiKu

Hati yang sedih pula akan Kuhibur

Dengan hiburan yang Aku suka

Itulah janjiKu

Sekarang

 Yakinlah padaKu

Jangan merajuk wahai sang hamba

Tunggulah sedikit masa lagi

Sungguh Aku Maha Penyayang

Akan Kuberi pelangi indah 

Itu janjiKu.








3 comments:

  1. menangis bc post ni.
    sgt tepat dgn keadaan diri ini skrg ni...
    kita pasti akan diuji...

    T__T

    terima kasih seha..

    ReplyDelete
  2. afwan anis..mmg musim diuji agaknya..bersabarlah menunggu pelangi:)

    ReplyDelete