........
Speechless! Susahnya ya Rabb... Disebabkan tak prepare sehabis baik, tambah pula dengan perut yang berbunyi-bunyi minta diisi, memang tak boleh focus langsung!Blank.Blank.Blank.T_T Apa boleh buat masa tu? Mohon magic dari Allah beri jawapan. Sedang kusyuk meneliti soalan tetiba-tiba, "10 minutes left!". Gulp!!Apakah??Tengok paper masih kosong. Masih banyak belum terisi. "Apa nak jawab ni?" Lihat sekeliling, ramai juga yang masih terduduk. Mungkin kita semua senasib. Mungkin juga tidak. Habis masa nak tak nak, terpaksa hantar juga paper tu. Pulang ke rumah dengan penuh sesal!(sampai now terasa).
O Allah, terima kasih atas tarbiyyah ini. Banyak benda yang naurah tersedar dari penyesalan semalam. Macam exam orgo semalam. Ingatkan diri ni dah faham basic reaction dan mechanism-mechanism tu tapi tewas di medan exam. Macam mana dengan fikrah Islam? Betulkah aku betul-betul faham atau aku hanya tunduk pada islam? Terbayangkan diri diakhirat sana. Dimanakah tempatku nanti? Saat dihisab, sudah dapat mengagak destinasi seterusnya. Hanya ada 2. Syurga atau Neraka. Macam mana kalau peristiwa exam orgo berulang diakhirat? Gagal menjawab dengan tepat. Lemah, sedih dan penuh penyesalan. Malah lebih parah bila anggota badan memberi jawapan. Apa yang boleh buat masa tu? Mohon magic dari Allah lagi? Sedangkan di dunia tak prepare, hanya islam tanpa fikrah. Hanya tahu tanpa faham. Hanya pergi usrah tanpa dakwah. Hanya ....Aish..tak sanggup nak teruskan....
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ. الحجرات آية 14
Yang bermaksud : orang-orang A'rab ( arab badwi) berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah islam". Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya(zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". [Al-hujurat ayat 14]
No comments:
Post a Comment