Monday, June 24, 2013

"Hari-Hari Dalam Hidupku"

Sudah lama tak menulis. Bagi aku, menulis bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi bercakap. Tulisan yang mampu aku kongsikan adalah perkara yang terkesan pada diri sendiri dan aku pecaya, ianya mungkin bermaanfaat juga pada orang lain, insyaAllah. Moga Allah permudahkan urusanku dan urusan kamu.

Alhamdulillah, baru selesai membaca buku ulung tulisan Zainab al-Ghazali berjudul hari-hari dalam hidupku. Sepanjang pembacaan, aku seolah-olah melihat sendiri dengan mata kepalaku, perjalanan hidup seorang mujahidah yang teguh imannya dan kesabarannya. Aku amat kagum dengan beliau. Kekuatan yang Allah kurniakan padanya untuk menerima setiap seksaan di penjara tentara amat luar biasa. Dengan logik akal, manakah mampu seorang wanita mampu bertahan dengan setiap seksaan dari seksaan kelas 1 hingga kelas 34? Hasbunallahu wani'mal wakeel. Si mujahidah dipindahkan dari bilik tahanan ke bilik penyeksaan. Dari penjara ke penjara yang lain. Setelah pengsan disebabkan oleh sebatan-sebatan yang tak berperikemanusiaan, si mujahidah dihantar kembali ke hospital penjara untuk rawatan. Keesokkan harinya, disebat lagi berpuluh kali. Sebatan, anjing terlatih, api, air, ular, lapar, dahaga. Semua disusun rapi oleh pegawai penjara untuk menyeksa si mujahidah. Apa salah dia sebenarnya? Melawan kerajaan Mesir? Tidak! Beliau bersama-sama IM, hanya mendidik generasi muda untuk mengenal kembali siapa ilah mereka, menjelaskan kembali fikrah dan aqidah umat islam di Mesir ketika itu, membawa panji la illahaillallah muhammadur rasullullah dengan dakwah agar tercapai matlamatnya. Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan ini adalah politik kerana si mujahidah Zainab dan Hamidah Qutb, di penjara atas tahanan politik. Jika ini juga terjadi pada negara kita, lalu biarkan. Kerana  aku sendiri percaya, ini politik yang adil di zaman ini.

Ada satu peristiwa yang membuatkan masa seolah-olah berhenti saat aku membacanya. Apa yang terjadi saat itu, kain tirai bilik tahanan as-syahid syed qutb terselak ditiup angin. Terlihat oleh mereka akan wajah as-syahid dan serentak itu, keluarlah cacian, maki -hamun dan kata-kata keji dari mulut-mulut orang yang dibelenggu dengan jahiliyyah, termasuklah si jururawat tadi. Tapi kata-kata lembut dari kesan tarbiyyah yang ada dalam diri as-syahid mampu menundukkan ego/nafsu si pencela. Si jururawat langsung insaf mahu kembali kepada islam dan memperbaharui syahadahnya kepada Zainab al-Ghazali. Sebelum si jururawat mengucapkan syahadahnya, Zainab al-Ghazali mengajukan satu soalan. Satu soalan yang membuatkan aku terduduk diam sejenak.

"Apakah kau sanggup menerima seksaan seperti yang diterima oleh ikhwanul muslimin ini?"

Berulang kali aku membacanya. Adakah aku sanggup? Bayangkan. Si jururawat baru sahaja menyatakan taubatnya lalu diaju soalan sedemikian rupa. Apakah kamu sanggup? Lalu jawab si jururawat,

"Apabila Islamku seperti mereka, Tuhan akan memberikan aku kesabaran dan menguatkan aku, insyaAllah!"

Allahu Allah..Maha Suci Engkau yang memberikan hidayah pada siapa yang Kau suka. Niat yang ikhlas membuatkan iman seseorang menggunung tinggi dengan izinNya. Teguhkan imanku juga ya Rabb. Dalam catatannya lagi, beberapa kali Si Mujahidah menceritakan nikmat mimpinya bertemu Rasulullah saw. Aku cemburu membacanya. Apakah aku layak untuk bertemu mu ya rasulullah? Ah.. ukurlah dirimu dengan Kitab Allah, naurah! Tidakkah kau melihat pengorbanan seorang muslimah yang begitu ketara diseksa sehingga manusia menyangka beliau berumur 60 tahun, padahal beliau jauh lebih muda? Setiap sebatan dan penyeksaan yang beliau terima adalah semata-mata untuk dakwah agar rantai dakwah itu terus sampai dan berhubung pada generasi seterusnya. Tergamak kau memandang ringan perkara ini? Sejujurnya, kau harus berfikiran lebih matang mulai sekarang!

Terlalu banyak yang aku pelajari dari sebuah catatan. Dari kehidupannya sebagai seorang ibu, isteri, ketua, daie, dan muslimah, memang tak dapat aku tuliskan semuanya dan aku mohon  agar Allah menguatkan iman aku terus dengan mesej-mesej islamiyah yang disampaikan oleh mujahidah Zainab al-Ghazali. Moga Allah merahmati beliau. Moga Allah Redha.

Thursday, February 9, 2012

"Jika kamu tidak menambah (menyumbang) apa-apa pada dunia, maka kamu adalah lebihan (yang tidak berguna) pada dunia."
- mustafa sadiq ar-rafi'i


ouch..T_T

Monday, January 30, 2012

Saturday, January 28, 2012

sanah helwa!

Alhamdulillah, bertambah lagi umur ini. 
Alhamdulillah, sampai saat ini aku masih bernafas. 
Alhamdulillah, Allah masih simpan hamba hina ini dalam agama suciNya. 

tq mama n babah <3

Moga Allah terus tsabatkan hatiku dalam jalan ini.


it's snowing today! so sweet lah..Thank You Allah! ^__^

Tuesday, January 24, 2012

serabotness..

Alhamdulillah, dah 2 minggu start class. Ternyata 17 credit hours bukan satu benda yang boleh dipandang ringan. Ternyata ianya bukan mudah!! Dicabar oleh masa yang nilainya hanya 24 jam sehari. Payah!! Atau adakah aku seorang hambaNya yang tidak tahu bersyukur? Ampuni aku ya Rabb. Tapi satu nasihat dari sahabat aku hadam dalam-dalam;
"jangan begini, kuatkan semangat. buat one by one, dear"
ayat sesimple itu..jadi tenang hati ini. Kerja yang berlambak jadi ringan di mata. So, untuk meringankan lagi otak dan hati, aku listkan segalanya dalam satu kertas putih:

masalah diri?
masalah hati? 
masalah masa?
masalah environment?
masalah duit?
masalah pointer?

Uish banyak juga rupanya..Nak kena cari penyelesaian for each problem? Perlukan masa lagi...T__T Tapi ada satu solution mudah yang mampu aku buat sekarang. Genggam kertas tu kuat-kuat. Pergi kat stove dapur, pasang api, dan bakar semua masalah tu dalam sinki! Done!! 

...
p/s: pembakaran kertas hanyalah satu metaphora. Cintailah bumi, elaklah pencemaran! ^_^

Thursday, January 12, 2012


" Bagaimana pendapatmu bila para pelaku tarbiyyah 41 persennya ternyata mandul, tidak mau dan tak mampu mewariskan ilmu, tidak punya kader binaan,tak memiliki majelis ta'lim atau bahkan hanya menjadi beban sesama kawan.?"- Solikhin abu 'izzuddin

Pang!! ketuk kepala tu laju-laju, naurah!

Wednesday, January 4, 2012

kebun ramadhan dalam hati..

Salam alaik,
Baik-baik saja kah kalian? Ana bi khair alhamdulillah. :) Moga piala hati kita penuh berzikir dengan nama Allah yang Maha Pemurah. Sungguh,
" iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd:28]
Winter break--cuti 3 minggu. Ada g muktamar LV, g jalan-jalan pun ada, stay campus je pun ada kan? Naurah n saladins pula g menuntut di Indiana. <3 Tapi tinggal lagi 4 hari nak start class balik. T_T (rse mcm kne balik asrama je) Walaupun snow tak turun dengan lebatnya, suhu luar mencecah -4c. Amatlah sejuk ok? Bermujahadahlah ke class nanti. InsyaAllah taman syurga Allah tadahkan. :)

dorayaki!
Spring Sem 2012.
Dah ada plan? Belum? Ish..stop reading and go planning now. "Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal" Kita kena plan cantik-cantik, kemas dan tersusun. Sebab bukan kita je yang akan sibuk, musuh pun sibuk planning nak jatuhkan kita. Ingat, seorang daie sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh (syaitan). But everything goes back to our Lord. Kalau satu benda terjadi yang tidak mengikut plan kita, tak mengapa. Inilah masanya untuk kita gunakan konsep 'redha&tawakkal' yang kita dok cakap kat orang. Allah tak bagi ilmu semata, ada masanya Dia kasi practical juga..hehe. Macam examlah, tengok kita paham ke tak konsep tu. Dan percayalah, perancangan Allah yang terrrrrbaik.

So, apa plan naurah? Tersangatlah banyak. Takut pula tak mampu nak buat. Gila juga sem depan ni. 16 credit hours: 2 class writing, yang lain class menghafal. Alhamdulillah tak ada lab. >,< Assignment dzatiyah: 3 buku nak kena baca. DnT: jengjengjeng XD. Financial: saving for next winter! Ini plan naurah secara surface je lah. Sempat ke tidak nak berblogging next sem. Ntah..Mungkin terbengkalai. Ada juga terasa nak delete blog ni. tapi ini lah yang ku pertaruhkan untuk menabung. Moga ia ada manfaat buat di luar sana. InsyaAllah..

Yang paling dirisaukan bila sibuk-sibuk begini ialah hati kering, jadi robot dakwah. Robot dakwah ialah robot yang diprogramkan dengan kerja-kerja dakwah. Haa tak tau lah nak explain macam mana lagi.(failed). Erm..cuba kita tengok. Ok sekarang kita dah ada planning yang tersusun rapi. Planning semua dijadualkan dan diprogramkan. Dan kita hanya perlu follow the schedule. Macam robot kan? Robot kan, dia buat je kerja tanpa banyak soalan. Dia buat je kerja ikut apa yang dah diprogramkan. Dia buat je kerja tanpa emosi. Belum pernah dicipta satu robot yang mempunyai seketul hati. Dan kita tidak mahu jadi ROBOT! Kita punya hati.

Hati yang kering ibarat gelas kaca yang pecah. Diisi air beribu kali, masih belum dapat minum. Diisi amal dalam hati, tidak juga basah hati itu. Maka, mohonlah hati yang baru pada Allah. Hati baru tu macam mana rasanya ek? Ntahlah..masing-masing punya rasa yang berlainan. Hanya yang merasa saja yang tahu. Nak tahu kenalah mohon padaNya. hehe..Bila dah dapat hati baru, isikan dengan ramadhan..Kenapa ramadhan? Haa cuba bandingkan amal manusia dari bulan ke bulan. Masa ramadhan ramai yang buat baikkan ..(even ada jugak yang g mencuri..isk3) Kire ramadhan tu amal memang paling optimumlah kan? Rindunya!! Cuba ingat-ingat balik condition hati masa ramadhan? Hati bagai digilap-gilap sampai bersinar. Roh amat kekenyangan dengan amal-amal yang mendekatkan pada penciptaNya. Apa kita buat masa tu?

-Read quran everyday for tarbiyyah diri. 
-Sentiasa jaga hubungan sesama manusia. Minta maaf selalu kat kawan-kawan. 
-Berusaha macam-macam untuk buang jahiliyyah diri. Mula kurangkan merokok. Bertatih memakai tudung. Try to stop tengok cerita-cerita tak bermanfaat. 

Ingat ke tak ni? Haa..macam inilah yang kita mahukan next sem nanti. Walaupun busy, tapi hati tak kering. Roh kenyang. Tak jadi robot. Still ikut perancangan yang kita buat tapi dengan hati. Dengan niat kerna Allah. Dengan tujuan ingin mendapat keredhaanNya. ^_^ Bittaufiq wannajah pada semua! Mulakan sem baru dengan semangat jihad ahli Badar..ayuh, melangkah kita..Bismillahirrahmanirrahim..

" Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka  jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." [Ar-Rum:69]

macaroons 1st trial T_T 

wallahualam..