Saturday, January 8, 2011

10 wasiat Imam al-Banna

بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik semua..
Kejap betul cuti winter kali nih. Cuti tinggal sehari. Bila terigtkan spring sem yg lalu..alahai, beratnya hati nk lalui spring sem yg akan bermula isnin ni. Bukan apa, tp kalo spring, siangnya makin panjang. malam pulak sekejap sgt. Mmg lebam2 mata mase spring lepas. Kalo tengok jam kt dinding tu, rasa macam jam tu rosak je. "laah..lambat lagi ke class ni nk abes??T_T" Jarum jam macam tak bergerak! OH TIDAK!!!

kucing ini betul-betul memahami
 
Mmg berat je hati nih. Badan ni pun dah mula nk panas. Selsema akibat buat snowman semalam makin teruk. Adakah ini yg dikatakan 'school fever'? haha..ya mungkin.Mungkin juga Allah nk kasi saya rehat cukup2 before the war begins. Thank you Allah!^_^ 
Sebenarnya hari ni saya nk share something really really good buat kita semua.Rasanya ramai juga dah tahu tentang 10 wasiat Imam al-Banna kan? Tp takpe lah..saya nk share juga! Mari improve kehidupan bersama.

10 wasiat Imam Hasan al-Banna
  1. Bangkitlah untuk solat saat mendengar azan, dalam kondisi apapun.
  2. Bacalah Al-Quran, lakukan kajian, dengarkanlah atau zikrlah pada Allah. Jangan gunakan sebagian waktu anda pada hal yg tak manfaat.
  3. Bersungguh-sungguhlah berbicara dalam bahasa Arab dgn fasih, sebab ia merupakan syi'ar Islam.
  4. Jangan memperbanyakkan debat dalam masalah apapun dan dalam keadaan apapun, sebab debat tidak membuahkan kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, sebab hati yg berhubungan dengan Allah itu tenang dan berwibawa.
  6. Jangan suka bergurau, kerana umat yg berjihad tidak mengenal kecuali kesungguhan.
  7. Jangan mengeraskan suara melebihi yg diperlukan pendengar, kerana hal itu akan mengganggu.
  8. Jauhilah menggunjing org dan menyakiti lembaga. Janganlah membicarakan, kecuali yg baik-baik.
  9. Berkenalanlah dengan saudaramu yg kamu temui walaupun dia tak meminta, sbb prinsip dakwah kita adalah cinta dan pengenalan.
  10. Kewajiban lebih banyak daripada waktu yg tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai keperluan maka persingkat penyelesaiannya.
[dipetik dr al-matsurat wazhifah kubra]
Wallahua'lam..



No comments:

Post a Comment