Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..bertambah sudah umurku. semoga naurah bertambah juga matangnya..(nasihat dr sahabat terdekat..xp). Tahun ni dah masuk 2 tahun celebrate birthday kt negara orang. Selalunya bulan 1 memang putih lah dunia..Subhanallah, kalian kena lihat sendiri. Dan kali ni, nak kongsi tentang tarbiyyah dari Allah yang naurah dapat semalam...( Allah sweet gle! T_T)
Memang kalau di Malaysia, kita sambut hari lahir dengan family. Tapi ada juga yang tak celebrate birthday. Ikutlah masing-masing ada background sendiri. Setiap tahun sampai je bulan 1, hati mula lah gelabah.
" abesla aku..one year older"
" macam mane lah lepas ni..lagi berat tanggungjawab"
haa, macam-macam lah naurah fikir. Sudah menjadi tradisi kehidupan. Tahun ni, bertambahlah cuaknya. Umur bukan mainan. Umur itu bukan sebarang angka. Bagi naurah, umur itu amanah dan tempoh syahadah. (bukannya bila nyawa di hujung rambut baru nak mengucap kan?) Kali ni amatlah berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. *Ini bukan ayat cliche* Tapi, memang betul-betul lain.
Apa yang lain nya? Allah beri lebih dari apa yang di expect! Biasalah kalo birthday sendiri mestilah expect something. (ke aku je?haha) Expectation macam makan-makan tu common lah kan?haha. Tapi surprise yang Allah kasi...woah!!Superb! Thank you Allah!! Eh, tetiba rasa macam tak nak share plak. Hoho..Biarlah rahsia dan hanya yang terdekat yang tahu. Kang panjang plak post ni.
28 january 2011 |
red tulip, lesen baru, chocolate :) |
selimut, bookmark, chocolate lagi. :) |
2nd cake!:) |
suke gila buku nih!:) |
ni baru sampai pg td. spesel delivery. from family tersyg. |
Nota buat Naurah:
usia 21
semangat pemuda tak sama dengan semangat kaum tua.
tenaga yang ada pada rijal yang berumur 21 tahun tidak sama dengan yang berusia 50 tahun.
masalah yang dihadapi individu yang berusia 21 tahun tidak begitu banyak dibanding dengan mereka yang lebih makan garam.
akal yang berusia 21 tahun lebih tajam dari yang telah pikun dek usia.
kelapangan waktu bagi yang berusia 21 tahun lebih banyak berbanding yang sudah bekerja, berkeluarga, ber-segala-galanya.
makanya,
tiada alasan untuk yang berusia 21 tahun ini untuk berpatah ke belakang, futur, lemah, tiada semangat, malas apabila berjuang di jalan ini.
semangat yang ada pada si 21 hari ini harus dikekalkan, bahkan ditingkatkan buat selamanya.
bukan dibunuh semangat itu, bukan untuk dibebankan dengan tarikan dunia yang makin menggila.
sebagaimana muhammad al-fateh (dengan izinNya) mampu membuka constantinople tika berusia 21 tahun, jiwa itu yang harus ada pada yang berusia 21 tahun di zaman ini.
Impian Umar al- Farouq:"aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.
dari:sini
suka sgt2 post ni! maaf br wish, happy birthday seha. skrg da jrg buka fb, so kdg2 termiss birthday kwn2. sori ea. semoga hidup lebih diberkati. amin!
ReplyDelete:)