بسم الله الرحمن الرحيم
Aku dilahirkan islam. Dari kecil diajar solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya. Masa tu, aku betul-betul ingat aku ini hamba Allah. Rupa-rupanya, aku hanya tahu Allah itu tuhanku. Itu saja. Semua agama ada tuhan kan? Jadi Allah itu tuhanku dan agama lain ada tuhan mereka sendiri. Walaupun masih kecil tapi bila fikir balik..Ya Rabb, kolotnya aku. Tapi Allah mesti faham dengan akalku yang tidak matang tu.
Di takdirkan Allah, aku dihantar jauh ke negara orang. Tapi aku pelik lah. Keputusan SPM tak seberapa dan ramai lagi yang layak. Nak harapkan ko-kurikulum? Basketball saja yang aku tahu. Leadership? haha..boo diri sendiri. Tapi sekarang, baru aku faham. Aku disini untuk berta'aruf! Allah ingin aku lebih mengenaliNya. Allah nak tunjuk yang Dia bukan hanya tuhan tapi He's everything. Walaupun 19 tahun aku dibesarkan di negara Islam, tapi disinilah aku mula mengenali sang pencipta.
Tapi hidupku kini tak semudah zaman jahilliyahku dulu. Kalau dulu apa aku buat semua orang buat tak endah. Semua macam tutup mata. Tiada siapa yang mahu menegur. Sekarang, setiap langkah diperhatikan. Ini pun aku pelik lah. Kenapa manusia buat tak endah masa orang lain buat salah. Jahil? Tapi bila dah kembali 'normal', semua orang pasang teropong. Kenapa ya?
Sejak mengenali si Dia, hati ni tak pernah rehat. Tarbiyyah yang Allah kasi tak pernah putus. Tambah pula dengan bisikan syaitan yang tak pernah lenyap.Abis hati ni luka sana sini. Abis nama ini buruk berkali-kali. Tapi Allah itu Maha Penghibur. Yang juga paling pandai memujuk hati. Dia yang beri luka, Dia juga yang beri ubatnya. Aku sangka hanya nabi yang Allah pujuk. Sebab baginda kekasihNya kan? Contohnya, Al-Kauthar. Ternyata, sangkaanku meleset! Aku juga dipujukNya. :)
Walaupun aku baru mengenaliMu ya Allah, dan aku masih merangkak keluar dari kejahilan, tapi penghijrahan ini teramat indah. Lagi indah dari zaman itu. Lagi manis ya Allah. Tak pernah kesal mengenaliMu. Tak pernah Kau kecewakan aku. Terima kasih Allah. Dengan izinMu, aku akan terus mengejar untuk mati dijalan ini.
Secara ringkas,
Inilah cerita aku. Anda pula bagaimana?
Secara ringkas,
Inilah cerita aku. Anda pula bagaimana?
cerita wasih,sejak kecil, tercari-cari, rasa macam hidup dah puas, tapi macam rasa ada kekosongan di dalam hati, tak lengkap. alhamdulillah perancangan Allah tu sgt lengkap, indah dan teliti :)
ReplyDeletebila dah decide this is my choice,hati luka sana sini,mata org pun macam nak scan je segalanya, hu3.ditambahkan lagi dengan hasutan syaitan yg makin kuat di dalam hati, hu3,hampir rse nak giv up kdg2, tapi diam-diam, semakin kuat ujian dan cabaran yang mampir, seharusnya beerti makin kuat diri ini kan, dan i'Allah makin mematangkan diri. segala-galanya sweet kalau kita faham kenapa berada di sini. dan hanya satu tujuan, mencari redha Allah. semoga kita tsabat di jalan ini.
kuat3 !!:)
p/s: jmpe di syurga inshaAllah ya ukhti, mari kte sama2 rebut cinta Allah. \o/
tlong doakan wasih berjaya dunia akhirat skali.hi3